Selasa , April 23 2024
msen
Utama > Hipertensi > Rawatan > Perawatan Dengan Ubat > Khusus > Perawatan Dengan Ubatan : Lain-Lain

Perawatan Dengan Ubatan : Lain-Lain

Indikasi

Antihipertensif

Dos

Dos yang perlu diambil adalah berbeza antara pesakit dimana ia bergantung kepada keadaan penyakit darah tinggi. Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi untuk rawatan penyakit darah tinggi anda. Apabila anda mula mengambil ubat untuk merawat darah tinggi, ambilah ubat-ubatan tersebut setiap hari secara tetap dengan dos yang betul.

Administrasi

Secara umumnya, dinasihatkan anda ambil ubat ini dengan makanan atau selepas makan untuk mengurangkan kesan gangguan ketidakselesaan perut. Sila rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan yang lebih tepat :

Nama Generik Administrasi

Minoxidil

1

Bersama atau tanpa makanan

Bosentan

2

Bersama atau tanpa makanan

Ambrisentan

3

Bersama atau tanpa makanan

Mekanisma Tindakan

Kebanyakan adalah ubat vasodilator (mengembangkan salur darah). Ubat ini akan merelaksasi otot licin pada salur darah, yang mana akan menyebabkan salur darah mengembang. Pengembangan salur darah arteri (kerintangan) menyebabkan pengurangan di dalam kerintangan sistem vaskular, yang mana akan membawa kepada pengurangan tekanan darah arteri. Pengembangan salur darah vena akan mengurangkan tekanan darah vena.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan untuk setiap jenis ubat adalah berbeza dan kesan sampingan yang dialami diantara pesakit juga mungkin berbeza. Kesan sampingan yang biasa bagi setiap jenis ubat adalah disenaraikan seperti dibawah :

Nama Generik Kesan sampingan yang biasa
Minoxidil Retensi garam dan air, penambahan berat badan, periferal oedema (pembengkakan pada tangan atau kaki akibat retensi air), takikardia (kadar degupan jantung meningkat / jantung bekerja dengan kadar degupan melebihi 60 kali per minit), ketidakselesaan perut, ruam
Bosentan Sakit kepala, muka merah, oedema (pembengkakan akibat retensi air), hipotensi, berdebar, letih, gatal
Ambrisentan Sakit kepala, peripheral oedema, retensi cecair, berdebar, sakit perut, sembelit, muka merah

Berjumpa atau dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sekiranya anda mengalami kesan sampingan daripada ubat-ubatan diuretik yang anda makan.

Penyimpanan

Dinasihatkan ubat-ubatan disimpan di dalam sampul ubat asal dengan label arahan pengambilan / cara makan yang jelas. Simpan pada suhu bilik. Rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan suhu penyimpanan.

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web portal MyHealth ‘Cara Penyimpanan Ubat Yang Betul’

Rujukan

  1. Mechanism of Action of Angiotensin Converting Enzyme http://www.cvpharmacology.com/Acilliary/search
  2. http://pharmacologycorner.com/mechanism-of-action-video
  3. British National Formulary (BNF) 61 March 2011
  4. MIMS 128th Edition 2012
  5. Mechanism of Action of Vasodilator Drugs. http://www.cvpharmacology.com/Acilliary/search
  6. ‘Cara Penyimpanan Ubat Yang Betul’ (http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/ubat-a-anda/umum/cara-penyimpanan-ubat-yang-betul)
Semakan Akhir : 2 Mac 2016
Penulis : Pn. Azura Binti Musa
Akreditor : Dr. Siti Norlina Binti Md. Said

Baca Juga

Perencat Reseptor Angiotensin II (ARBS)

Mengembangkan salur darah arteri dan vena, dengan itu mengurangkan tekanan arteri dan preload (isipadu akhir diastolik ketika permulaan sistol / sebelum kontraksi) dan afterload (tensi yang dihasilkan oleh otot jantung selepas kontraksi) jantung.