Khamis , Mac 28 2024
msen
Utama > Hipertensi > Perencat Enzim Angiotensin (ACE Inhibitor / ACEI)

Perencat Enzim Angiotensin (ACE Inhibitor / ACEI)

Indikasi

Antihipertensi

Dos

Dos yang perlu diambil adalah berbeza antara pesakit dimana ia bergantung kepada keadaan penyakit darah tinggi. Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi untuk rawatan penyakit darah tinggi anda. Apabila anda mula mengambil ubat untuk merawat darah tinggi, ambilah ubat-ubatan tersebut setiap hari secara tetap dengan dos yang betul.

Administrasi

Secara umumnya, dinasihatkan anda ambil ubat ini sebelum makan untuk kesan yang maksima. Sila rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan yang lebih tepat.

Nama Generik Administrasi
Captopril

captopril

Ambil ketika perut kosong, 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan.
Enalapril

enalapril

Bersama atau tanpa makanan.
Perindopril

perindopril

Ambil ketika perut kosong, 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan.
Ramipril Bersama atau tanpa makanan.
Lisiopril Bersama atau tanpa makanan.
Imidapril Ambil 15 minit sebelum makan. Bagi pesakit yang baru memulakan rawatan, dos pertama hendaklah diambil ketika hendak tidur.

Mekanisma Tindakan

Perencat Enzim Angiotensin (Perencat ACE) mengembangkan salur darah dengan merencat penghasilan angiotensin iaitu sejenis agen/substrat yang berfungsi untuk mengecutkan salur darah (salur darah menjadi kecil / agen vasokonstriktor). Pengurangan penghasilan angiotensin akan membawa kepada pengembangan salur darah arteri dan vena, yang mana akan mengurangkan tekanan arteri dan vena.

Dengan mengurangkan kesan angiotensin di buah pinggang, Perencat ACE akan menyebabkan natriuresis (pengeluaran garam dalam air kencing) dan dieresis (peningkatan pengeluaran air kencing), yang mana akan mengurangkan volum (isipadu) darah dan kadar pengeluaran jantung, dengan itu tekanan arteri akan mengurang.

Perencat ACE juga merencat pemecahan bradikinin (agen vasodilator / pengembangan salur darah). Oleh itu, level bradikinin akan meningkat yang mana menyumbang kepada pengembangan salur darah, dengan itu mengurangkan tekanan darah.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan untuk setiap jenis ubat adalah berbeza dan kesan sampingan yang dialami diantara pesakit juga mungkin berbeza. Kesan sampingan yang biasa bagi setiap jenis ubat adalah disenaraikan seperti dibawah :

Nama Generik Kesan Sampingan Yang Biasa
Captopril ruam, gatal, angioedema (pembengkakan bibir dan hilang dalam masa 24 jam), batuk, gangguan perut, hipotensi (tekanan darah rendah), peningkatan paras potassium
Enalapril Pening, sakit kepada, letih, hipotensi, loya, ruam, batuk, peningkatan paras potassium
Perindopril Pening, sakit kepala, letih, hipotensi, loya , batuk
Ramipril Pening, sakit kepala, letih, hipotensi, loya, sakit perut, batuk kering
Lisinopril Hipotensi, pening, lemah-lemah badan, batuk kering, sakit kepala, letih

Berjumpa atau dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sekiranya anda mengalami kesan sampingan daripada ubat-ubatan darah tinggi yang anda makan.

Penyimpanan

Dinasihatkan ubat-ubatan disimpan di dalam sampul ubat asal dengan label arahan pengambilan / cara makan yang jelas. Simpan pada suhu bilik. Rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan suhu penyimpanan.

Rujukan

  1. Mechanism of Action of Angiotensin Converting Enzyme
  2. http://pharmacologycorner.com/mechanism-of-action-video
  3. British National Formulary (BNF) 61 March 2011
  4. MIMS 128th Edition 2012
  5. Cara Penyimpanan Ubat Yang Betul. (http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/ubat-a-anda/umum/cara-penyimpanan-ubat-yang-betul)
Semakan Akhir : 2 Mac 2016
Penulis : Azura Binti Musa
Akreditor : Dr. Siti Norlina Binti Md. Said

Baca Juga

Hubungan Hipertensi Dan Kolesterol

Apakah Hubungan Antara Penyakit Darah Tinggi Dan Kolesterol ? Kajian “ Physicians Health” menunjukkan bahawa …