Sabtu , April 27 2024
msen
Utama > Kanser > Kanser Prostat

Kanser Prostat

1. Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam  kalangan kaum lelaki.

2. Risiko penyakit kanser akan meningkat mengikut faktor umur dan kebiasaannya berlaku pada lelaki berumur 40 tahun ke atas. 75% kes adalah dikesan dalam kalangan lelaki berumur 65 tahun ke atas.

3.Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel yang terdapat di kelenjar prostat  melalui perubahan tertentu diluar kawalan semulajadi. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan tidak terkawal. Ia kemudiannya merebak (metastasis) ke bahagian badan yang lain terutama tulang dan organ tertentu.

4. Ia disebabkan oleh hormon testosteron. Hormon ini bertindak mempercepatkan pembentukan kanser prostat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menggalakkan kejadian kanser tersebut.

 

TANDA-TANDA AWAL KANSER PROSTAT

Antara tanda-tanda awal kanser prostat adalah:

  • Bertambah keinginan untuk membuang air kecil terutama di waktu malam
  • Aliran air kecing yang tidak lancar
  • Terdapat kesan darah dalam air kencing/air mani
  • Sakit semasa membuang air kecil (tidak selalunya berlaku)
  • Hilang kawalan terhadap pembuangan air kecil
  • Seringkali terasa sakit di bahagian tulang belakang, bahagian pinggul/pinggang pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada.

Tanda-tanda di atas tidak semestinya menunjukkan seseorang itu menghidap kanser prostat. Mereka juga mengalami hyperplasia benigna prostatic iaitu sejenis penyakit benigna yang terjadi dalam kalangan warga tua lelaki dimana kelenjar prostat mengalami pembesaran apabila meningkat usia.

 

FAKTOR RISIKO

Peningkatan usia adalah berisiko untuk menghidap kanser prostat

  1. Pendedahan kepada bahan tertentu seperti cadmium, getah dan juga logam (pekerja yang terdedah kepada codmium, bekerja dibidang pembuatan tayar dan getah, petani, mekanik dan pekerja sektor pembuatan logam).
  2. Status perkahwinan (lelaki yang bujang berisiko rendah mendapat kanser)
  3. Aktif secara seksual (kajian menunjukkan risiko mendapat kanser prostat meningkat dengan bertambahnya jumlah pasangan seks wanita seseorang lelaki itu).
  4. Mempunyai sejarah penyakit kelamin
  5. Hyperplasia benigna prostastic (benigna prostastic hyperplasia)
  6. Pernah menjalani pembedahan vasektomi
  7. sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser prostat
  8. Paras testostron (hormone silis lelaki) yang tinggi mungkin mempercepatkan pertumbuhan sel kanser prostat.
  9. Pemakanan/diet (lemak dari daging merah dan sumber lemak haiwan yang lain)