Selasa , Mac 19 2024
msen
Utama > Kanser > Kanser Serviks > Tanda Dan Tahap Kanser

Tanda Dan Tahap Kanser

SIMPTOM KANSER SERVIKS

Terdapat beberapa tanda awal kanser serviks yang perlu anda ketahui iaitu :-

  1. Pendarahan selepas putus haid/menopous.
  2. Keluar lelehan luar biasa dan berbau busuk dari faraj.
  3. Pendarahan : Ketika dan selepas hubungan seks atau antara haid.
  4. Sakit ketika melakukan hubungan seks.
  5. Sakit belakang/sakit dibahagian peranakan.

 

TAHAP/PERINGKAT KANSER SERVIKS

Tahap kanser serviks memainkan peranan penting bagi menentukan kaedah rawatan yang sesuai serta menentukan survival pesakit. Tahap kanser serviks boleh mengesan sejauh mana kanser itu telah merebak.

TAHAP 0 (Karsinoma In Situ)
– Sel-sel yang tidak normal akan berada dalam lapisan serviks yang paling dalam. Pada tahap ini, ketumbuhan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia merupakan  penyakit mikrosopik.

TAHAP 1
– Pada tahap ini, kanser adalah terhad kepada serviks/pangkal rahim sahaja.

TAHAP 2
– Kanser telah merebak melepasi pangkal rahim atau telah merebak ke dinding vagian tetapi
tidak ke tisu-tisu yang melapisi dinding pelviks.

TAHAP 3
– Kanser telah merebak ke dinding bawah vagina dan/atau ke dinding pelviks dan/atau telah menyekat
salur kencing/berlakunya pembekakan pada buah pinggang (hyronephrosis)

TAHAP 4
– Kanser telah merebak ke pundi kencing, rektum atau organ tubuh yang lain.

 

RAWATAN KANSER SERVIKS

  1. Pembedahan – Bergantung kepada masalah yang telah dikenalpasti, doktor akan mencadangkan jenis pembedahan yang diperlukan bergantung kepada lokasi dan tahap kanser serviks.
  2. Terapi
  3. Radioterapi
  4. Kemoterapi