Selasa , Mac 19 2024
msen
Utama > Kanser > Kanser Payudara > Kanser Payudara Dan Puncanya

Kanser Payudara Dan Puncanya

Kenali Kanser

Kanser merupakan sejenis penyakit sel, di mana sel-sel badan membiak secara berterusan dalam keadaan tidak boleh dikawal dan boleh mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan atau merebak ke organ-organ lain.

Dalam keadaan yang tidak normal, apabila sebilangan sel itu mati akibat peningkataan usia atau kecederaan, sel-sel yang lain akan membiak untuk membentuk sel-sel baru bagi menggantikannya

Badan kita biasanya membentuk jumlah sel-sel yang tepat dari segi bilangan dan jenisnya dan berhenti membiak apabila tugas tersebut telah sempurna

 

Punca Kanser

Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Penyebab sebenar kanser payudara tidak diketahui. setiap wanita berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghidap kanser payudara.

 

Faktor-faktor Risiko Kanser Payudara

Baca Juga

Serangan Asma Dan Faktor Pencetus

Pengenalan Apabila seseorang pesakit asma terdedah kepada faktor pencetus, mereka boleh mendapat serangan asma atau …