Selasa , Mac 19 2024
msen
Utama > Kanser > Rawatan Dan Ujian

Rawatan Dan Ujian

UJIAN

Antara ujian yang boleh dijalankan bagi mengesan kehadiran kanser prostat adalah:

  • Pemeriksaan Digital Rektal
  • Pengesanan kehadiran antigen spesifik prostat (PSA)
  • Analisis air kencing
  • Ujian biopsy iaitu pengambilan sampel tisu bagi tujuan pemeriksaan kehadiran sel kanser.
  • Ujian lain dinasihati oleh doktor

 

RAWATAN

1. Pembedahan – terdapat dua pilihan untuk peringkat 1 dan peringkat 2.

  • Radical Prostectomy – Pembedahan membuang semua prostat dan vesikel seminal dan kemungkinan nodus limfa  di dalam pelvis.
  • Radical Radiotherapy – Pemberian radiasi bertenaga tinggi ke kawasan prostat untuk membunuh sel kanser dan mengawal pertumbuhan sel. Terdapat dua jenis rawatan iaitu eksternal terapi dan  brakiterapi (rawatan interstitial high dose rate brachytherapy atau low rate prostate implant) Rawatan ini dirancangkan dengan rapid dan dijalankan dengan jitu.

2. Transurethral Resection of prostate – Digunakan untuk mengurangkan sekatan pada saluran uretha seterusnya mengurangkan kesusahan pesakit     semasa membuang air kecil.

3. Terapi hormon digunakan untuk mengurangkan pengeluaran hormon testeron yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser.

4. Kemotherapi – Pengambilan ubat kemo bagi menghapuskan dan mengawal pertumbuhan sel kanser