Selasa , Mac 19 2024
msen
Utama > Asma > Komplikasi > Komplikasi Asma Yang Tidak Terkawal

Komplikasi Asma Yang Tidak Terkawal

Definisi

Asma yang tidak terkawal adalah apabila pesakit kerap mengalami gejala batuk, nafas berbunyi dan kesukaran bernafas serta penggunaan ubat cepat lega yang kerap. Pesakit kerap pergi ke klinik atau unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan gas nebulizer

Sebab-sebab asma tidak terkawal;

  1. Pendedahan yang berterusan kepada perangsang di persekitaran juga kepadaallergen (seperti rumput, pokok, debunga, dll) atau udara (seperti asap atau bau yang kuat)
  2. Lain-lain pencetus yang diketahui:
    • Kelembapan yang melampau dan cuaca sejuk
    • Jangkitan seperti selsema
    • Ubat-ubatan seperti aspirin atau acetaminophen
    • Berada dalam keadaan tertekan
    • Haiwan berbulu
    • Selimut, cadar dan lapisan perabot yang tidak diganti

    * Hanya pesakit sahaja yang akan tahu apa yang menjadi peransang / alahan / pencetus. Sebagai contoh pengambilan makanan jeruk boleh menyebabkan serangan, oleh itu ia adalah penting untuk mengenal pasti dan mengelakkan pendedahan kepada faktor-faktor yang diketahui

  3. Tidak menggunakan ubat yang ditetapkan oleh doktor
  4. Teknik inhaler yang tidak betul
  5. Senamanboleh menyebabkan serangan asma
  6. Pesakit pada masa yang sama, pesakit mempunyai penyakit lain seperti ‘reflux gastro esofegeal’ dan obesiti yang menyumbang kepada asma tak terkawal.
  7. Diagnosa asma adalah salah

Komplikasi yang boleh berlaku jika asma tidak terkawal:

  1. Murid-murid dan pelajar mungkin tidak dapat ke sekolah atau belajar disebabkan kesukaran bernafas
  2. Begitu juga, orang dewasa mungkin tidak hadir kerja
  3. Pesakit yang asma mereka bertambah teruk disebabkan oleh senaman mungkin tidak mahu bersukan dan / bersosial
  4. Jangkitan berulang dalam paru-paru
  5. Sebahagian dari paru-paru mengecut yang menyebabkan kesan parut kekal pada paru-paru.
  6. Kegagalan fungsi paru-paru yang memerlukan pesakit bernafas menggunakan mesin bantuan pernafasan.
  7. Akibat dari perkara-perkara di atas, kualiti hidup kurang
  8. Kematian

Rajah jangkitan pada paru-paru

Image of infection in the lung

Sumber: topnews.in

Rajah paru-paru mengecut

Image of collapsed lung

Sumber: www.nlm.nih.gov

Rawatan: Rujuk kepada ubat asma

Pencegahan:

  1. Mengenal pasti dan mengelakkan faktor-faktor persekitaran yang membuat gejala-gejala asma anda tidak terkawal.
  2. Amalkan cara hidup sihat
  3. Gunakan ubat anda seperti yang ditetapkan
  4. Dapatkan nasihat dari doktoranda jika gejala masih berterusan walaupun denganpengambilan ubat/rawatan yang betul

Rujukan:

  1. http://www.ginasthma.org/documents/4

 

Last Reviewed :  20 Mei 2016
Writer :  Dr. Kasuma bt. Mohamed Nordin
Accreditor :  Dr. Norhaya bt. Mohd Razali