Sabtu , April 27 2024
msen
Utama > Diabetes > Kanta Lekap dan Cermin Mata

Kanta Lekap dan Cermin Mata

Apakah fungsi kanta lekap dan cermin mata untuk pesakit diabetes?

Kurang daya penglihatan merupakan faktor utama membawa pesakit berjumpa pakar mata atau oftalmologis. Diabetes bukan merupakan faktor penghalang kepada penggunaan kanta lekap (contact lens) untuk memulihkan penglihatan.

Walau bagaimanapun penjagaan yang rapi dan faktor kebersihan adalah amat penting dalam pemakaian kanta lekap di kalangan pesakit diabetes kerana sekiranya berlaku kecederaan pada lapisan kornea, proses pemulihan akan memakan masa yang lebih lama daripada pemakai kanta lekap yang bukan pesakit diabetes mellitus.

Photo illustrated the typical blurring of vision due to myopia (shortsighted)

Gambar 1 : Foto menunjukkan pandangan yang kabur disebabkan oleh rabun jauh.

This illustration showed the image which is not improved with the usage of contact lens or glasses

Gambar 2: Foto ini menunjukkan contoh imej kabur yang tidak boleh dibantu dengan pemakaian kanta lekap atau cermin mata.

Komplikasi jangka panjang yang disebabkan oleh diabetes mellitus adalah :

  1. katarak
  2. diabetic retinopathy.

Pada tahap awal pembentukan katarak, penglihatan boleh dirawat dengan penggunaan cermin mata. Bagi pesakit yang mengalami komplikasi kebengkakan makula (diabetic maculopathy), cermin mata boleh membantu memberikan penglihatan yang lebih jelas.

Bagi pesakit-pesakit diabetes mellitus yang telah menjalani pembedahan katarak dengan pengunaan kanta monofokal, mereka sememangnya memerlukan cermin mata untuk aktiviti membaca atau aktiviti-aktiviti penglihatan dekat.

Kesimpulannya, pesakit-pesakit diabetes mellitus perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi mengenal pasti risiko komplikasi penyakit yang menyebabkan masalah penglihatan dan mungkin boleh dirawat pada peringkat awal dengan penggunaan cermin mata atau mungkin kanta lekap.

 

Rujukan :

Gambar 1: thirdeyehealth.com

Gambar 2: medicaldaily.com

Baca Juga

Pengiraan Karbohidrat Untuk Pesakit Diabetes

Pengenalan Ramai antara pesakit diabetes mengelakkan diri daripada mengambil makanan manis. Mereka mempunyai persepsi bahawa …