Jumaat , April 26 2024
msen
Utama > Hipertensi > Penghalang Alfa

Penghalang Alfa

Indikasi

Antihipertensi

Dos

Dos yang perlu diambil adalah berbeza antara pesakit dimana ia bergantung kepada keadaan penyakit darah tinggi. Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi untuk rawatan penyakit darah tinggi anda. Apabila anda mula mengambil ubat untuk merawat darah tinggi, ambilah ubat-ubatan tersebut setiap hari secara tetap dengan dos yang betul.

Administrasi

Secara umumnya, dinasihatkan anda ambil ubat ini selepas makan untuk mengurangkan masalah ketidakselesaan perut. Sila rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan yang lebih tepat.

Nama Generik Administrasi
Prazosin

prazosin

Bersama atau tanpa makanan. Dos permulaan lebih baik diambil pada waktu makan malam, sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum berehat. Dos susulan seterusnya boleh diambil bersama atau tanpa makanan.

Mekanisma Tindakan

Penghalang Alfa melekat kepada reseptor adreno alfa pada otot licin salur darah arteri dan vena, dengan itu kedua-dua arteri dan vena akan mengembang dan menyebabkan pengurangan pada tekanan darah.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan untuk setiap jenis ubat adalah berbeza dan kesan sampingan yang dialami diantara pesakit juga mungkin berbeza. Kesan sampingan yang biasa bagi ubat adalah disenaraikan seperti dibawah:

Nama Generik Kesan Sampingan Yang Biasa
Prazosin Postural hipotensi (berlaku penurunan tekanan darah akibat perubahan kedudukan badan), sakit kepala, ketidakselesaan perut, oedema (pembengkakan kerana retensi cecair), tinitus (mendengar bunyi-bunyian atau bunyi lain tanpa ada pencetus bunyi di sebelah atau dua-dua belah telinga atau di dalam kepala), retensi cecair

Berjumpa atau dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sekiranya anda mengalami kesan sampingan daripada ubat-ubatan antihipertensi yang anda makan.

Penyimpanan

Dinasihatkan ubat-ubatan disimpan di dalam sampul ubat asal dengan label arahan pengambilan / cara makan yang jelas. Simpan pada suhu bilik. Rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan suhu penyimpanan.

Rujukan

  1. Mechanism of Action of Angiotensin Converting Enzyme http://www.cvpharmacology.com/Acilliary/search
  2. http://pharmacologycorner.com/mechanism-of-action-video
  3. British National Formulary (BNF) 61 March 2011
  4. MIMS 128th Edition 2012
  5. Mechanism of Action of Alpha Blocker
  6. http://www.cvpharmacology.com/Acilliary/search
  7. ‘Cara Penyimpanan Ubat Yang Betul’ (http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/ubat-a-anda/umum/cara-penyimpanan-ubat-yang-betul)
Semakan Akhir : 2 Mac 2016
Penulis : Azura Binti Musa
Akreditor : Dr. Siti Norlina Binti Md. Said

Baca Juga

Hubungan Hipertensi Dan Kolesterol

Apakah Hubungan Antara Penyakit Darah Tinggi Dan Kolesterol ? Kajian “ Physicians Health” menunjukkan bahawa …