Sabtu , April 27 2024
msen
Utama > Asma > Gaya Hidup Sihat, Berat Badan Ideal

Gaya Hidup Sihat, Berat Badan Ideal

bbi_1

Salah satu aspek yang tidak kurang pentingnya dalam pengurusan pesakit asma adalah mengekalkan berat badan yang ideal.

Terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan dan membuktikan hubungkait antara asma dan berat badan. Secara amnya, kajian melaporkan bahawa lebih tinggi berat badan seseorang itu, lebih berisiko untuk beliau mendapat gejala-gejala asma atau serangan asma.

Risiko Berlebihan Berat Badan

 bbi_2

Satu kajian meta-analisis pada tahun 2006 tentang kesan berat badan yang berlebihan terhadap asthma telah membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan (di definisikan sebagai berat lahir > 3.8kg atau berat badan semasa iaitu BMI > 85 persentil), mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma pada masa akan datang.

Pesakit yang berat berlebihan akan mengalami kekurangan pengembangan paru-paru yang akan menyebabkan menghalang isipadu dan kekenyalan paru-paru untuk berkembang. Malah, tisu adipos didalam pesakit tersebut akan mengeluarkan proinflamatori yang berlebihan dan boleh menyebabkan cetusan serangan asma.[5]

Kebaikan Pengurangan Berat Badan

Baru-baru ini juga, satu kajian sistematik telah dijalankan dan mendapati terdapat hubung kait timbal balik yang wujud antara pengurangan berat badan dengan keadaan asma.

Penyelidikan terhadap keseluruhan 15 kajian-kajian terdahulu yang diteliti semula ini jelas menunjukkan peningkatan dalam sekurang-kurangnya satu indikator akhir asma selepas berlakunya pengurangan berat badan.

bbi_4

Sumber: https://www.pinterest.com/cjwhmaye/health-asthma/

Diet Dan Nasihat Pemakanan Pesakit Asma

Dari sudut pemakanan atau diet, terdapat beberapa garis panduan dan penemuan yang disarankan mampu membantu pesakit asma, walaupun kebanyakannya masih menjalani kajian intensif yang berterusan.

Nasihat-nasihat pemakanan ini bukan sahaja bersesuaian untuk mereka yang menghidap asma, malahan juga baik untuk diamalkan oleh sesiapa jua yang mempunyai risiko mendapat asma.

  1. Ubahsuai pengambilan asid lemak
    • Pengambilan asid lemak tak tepu seperti omega-3 daripada minyak ikan dipercayai berpotensi untuk membantu simptom asma, manakala pengambilan makanan tinggi asid lemak trans dan omega-6 dikhuatiri menjejaskan kondisi asma seseorang.
    • Diet rendah lemak mampu mengurangkan berat badan dan ini adalah penting kerana obesitI berkait rapat dengan gejala-gejala asma.

    bbi_5.png

  2. Elak makanan masin dan bergarambbi_6
    • Fungsi pulmonary dan paru-paru dapat ditingkatkan dengan diet rendah garam, justeru mengurangkan tahap keterukan asma.
  3. Lebih pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tinggi kandungan anti-oksida
    • Kajian-kajian menunjukkan bahawa supplemen yang mengandungi anti-oksida atau kombinasi vitamin C dan E mampu mencegah gejala asma bawaan senaman (exercise-induced asthma)
  4. Diet Vegetarian
    • Satu kajian klinikal terhadap diet vegan menunjukkan peningkatan dalam fungsi respiratori (kapasiti vital dan FEV 1) serta perbbi_7tambahan keupayaan aktiviti fizikal (kapasiti kerja fizikal) setelah mengamalkan diet vegan selama setahun.
    • Namun begitu, terdapat beberapa kajian berdasarkan pemerhatian memberikan hasil yang bertentangan, di mana mereka menyarankan bahawa produk tenusu mampu memberi kesan pelindung/pencegah untuk asma.

Seseorang penghidap asma juga perlu menjauhi makanan-makanan yang telah dikenalpasti boleh mendatangkan alahan kepada setiap individu itu. Benarlah, mencegah lebih baik daripada merawat.

Kesimpulan

bbi_8Secara kesimpulannya, asma boleh dikawal dengan optimum sekiranya langkah-langkah pencegahan, ubat-ubatan dan kombinasi amalan pemakanan yang sihat diterapkan dalam kehidupan harian penghidap asma.

Kami amat menggalakkan kepada semua pembaca terutamanya para penghidap asma agar mengamalkan diet yang tinggi kandungan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, selain daripada mengurangkan makanan berlemak dan tinggi kandungan minyak.

“MAKAN SECARA SIHAT, HIDUP SEJAHTERASELAMAT.”

 

Last Reviewed :  03 Mei 2016
Writer : Mohd Khairi b. Maslehan
Accreditor : Dr. Azza bt. Omar

 

Baca Juga

Asma yang dicetuskan oleh senaman

Asma yang dicetuskan oleh senaman berlaku kerana penyempitan atau pengecilan saluran pernafasan susulan daripada aktiviti …