Selasa , Mac 19 2024
msen
Utama > Hipertensi > Hubungan Hipertensi Dan Kolesterol

Hubungan Hipertensi Dan Kolesterol

Apakah Hubungan Antara Penyakit Darah Tinggi Dan Kolesterol ?

Kajian “ Physicians Health” menunjukkan bahawa tahap tinggi kolesterol (TC), non- HDL-kolesterol (non- HDL-C) dan nisbah HDL-C/TC adalah faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi bagi lelaki pertengahan umur dan yang lebih berumur.

Sebaliknya, tahap yang lebih tinggi HDL-C dikaitkan dengan risiko penyakit darah tinggi yang rendah.

Proses Aterosklerosis Yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Tinggi

Mekanisme biologi bagaimana lipid (lemak) boleh memainkan peranan meyebabkan tekanan darah tinggi masih kurang difahami sepenuhnya.

Aterosklerosis, atau pengerasan arteri, adalah suatu keadaan di mana plak terbentuk di dalam arteri. Plak ini diperbuat daripada kolesterol, zat lemak, bahan buangan selular, kalsium dan fibrin (bahan pembekuan dalam darah).

Keabnormalan lipid aterogenik (aterosklerosis) menyebabkan endotelium (lapisan dinding dalam salurdarah) tidak berfungsi dengan baik (disfungsi). Disfungsi endotelium meyebabkan endotelium tidak boleh bertindak balas kepada perubahan stimuli di dalam salurdarah tersebut. Salurdarah tidak boleh mengecut dan membesar seperti yang diperlukan.

Ini dipanggil vasodisregulasi; yang boleh membawa kepada ketidakupayaan atau kesukaran vasodilatasi/ pengembangan salurdarah semasa ia bertindakbalas pada rangsangan. Lama kelamaan salurdarah akan dalam keadaaan sentiasa mengecut dan ini menyebabkan peningkatan tekanan darah walaupun ketika rehat.

Aterosklerosis adalah satu proses yang menyebabkan ketebalan menyeluruh (diffuse) saluran arteri yang besar danyang lebih kecil. Keabnormalan lipid dan “insulin resistance” telah dikaitkan dengan , hiperfungsi simpatetik yang juga memainkan peranan dalam pembentukan penyakit darah tinggi.

Penyakit darah tinggi; yang sering berlaku selepas wujudnya komponen-komponen lain sindrom metabolik. Besar kemungkinan ia adalah manifestasi terakhir sindrom metabolik dan terjadi selepas masalah sindrom metabolik yang lain seperti keabnormalan lipid.

Rujukan

  1. http://www.news-medical.net/news/2005/12/15/15003.aspx
  2. http://hyper.ahajournals.org/
Semakan Akhir : 15 September 2017
Penulis : Dr. Ainol Shareha Binti Sahar
Akreditor : Dr. Zarina Banu Binti Abdulla

Baca Juga

Hipertensi Arteri Pulmonari Dan Penyakit Kongenital Jantung

Apa Dia Hipertensi Arteri Pulmonari? Hipertensi Arteri Pulmonari (Pulmonary Arterial Hypertension, PAH) ialah tekanan darah …