Selasa , Mac 19 2024
msen
Utama > Asma > Rawatan Asma > Asma Dan Alergik Konjunktivitis

Asma Dan Alergik Konjunktivitis

Pengenalan

  • Konjunktivitis adalah satu jenis  penyakit mata yang biasa terjadi.
  • Di kenali sebagai ‘mata merah’. Ia adalah suatu keadaan keradangan lapisan konjunktiva yang melapisi bahagian dalam kelopak mata  dan menolong memelihara kelopak mata dan bebola mata.
  • Kemerahan mata yang disebabkan oleh bahan alahan  (allergens) dikenali sebagai Alergik konjunktivitis. Penyakit ini tidak berjangkit dan tidak boleh dijangkiti oleh orang lain.
  • Alergik konjunktivitis biasanya terjadi pada orang yang mempunyai tanda-tanda atau gejala alahan seperti  Demam Hay, Asthma dan Ekzema.
  • Punca terjadi alergik konjunktivitis adalah disebabkan oleh tindakbalas alahan sistem immuniti badan ke atas bahan alahan ( allergen)
  • Bahan  alahan (allergen) yang biasa menyebabkan keadaan di atas adalah seperti berikut:
    • Debunga dari pokok, rumput dan tumbuhan liar
    • Kulit binatang dan lelehan dari binatang seperti air liur
    • Penwangi dan bahan-bahankosmetik
    • Ubat-ubatan untuk kegunaan kulit
    • Pencemaran udara
    • Asap, habuk dan serangga kecil serta ubat titik mata
  • Adalah penting untuk mencari punca dan sebab mata menjadi merah. Setiap penyebabnya mempunyai rawatan yang berbeza.

Gejala / tanda

    • Gejala dan tanda-tanda yang memang biasa dijumpai untuk alergik konjunktivitis adalah :
      • Kemerahan kedua-dua mata
      • Kegatalan dan kepanasan di kedua –dua mata dan tisu sekelilingnya
      • Lelehan jernih seperti air, selalunya disertai oleh perasaan tidak selesa apabila berhadapan dengan cahaya matahari ( photophobia)
      • Konjunktiva akan bengkak dan berwarna keunguan yang terang, dan ia mungkin menggangu penglihatan.
      • Kelopak mata mungkin akan terjejas, mengakibatkan tisu kelopak menjadi bengkak dan akan menyebabkan kelopak mata jatuh.
    • Jadual dibawah menunjukkan jenis –jenis dan gejala alergik konjuktivitis 
Alergik Viral Bakteria
Gejala Utama Gatal, Kadang-kadang Teruk Kepanasan, Iritasi Dan Tidak Selesa Iritasi Atau Keradangan
Lelehan Air Mata Sederhana Banyak Berlebihan Sederhana
Lelehan Discaj Minimal Berwarna Kemerahan Atau Keputihan Minimal Banyak Berlebihan Dan Keputihan Yang Pekat (Purulent)
Kemerahan Keseluruhan Keseluruhan Keseluruhan
Gejala Lain Ada Berkaitan Dengan Gejala Hidung Dan Dada Kadang-kadang Berkaitan Gejala Sakit Tekak Dan Demam Kadang-kadang Berkaitan Bengkak Kelopak Mata

 Komplikasi

  • Untuk kes bengkak yang teruk, kelopak mata atas dan bawah tidak boleh dibuka  dan jarak antara keduanya terlalu rapat.
  • Rujukan untuk pakar mata dengan segera jika berlaku kekurangan penglihatan atau kornea berkelabu
  • Mungkin berkaitan dengan serangan asthma jika disebabkan oleh bahan alahan( allergen)

 Rawatan

  • Rawatan  bergantung ke atas keterukan dan punca gejala alergik konjunktivitis itu
  • Mengenalpasti dan mengelakkan punca alahan. Jika boleh, buat ujian alahan (allergy testing) untuk mengesan punca alahan.
  • Pastikan bendasing tiada di dalam mata.
  • Gejala alahan ini biasanya ringan ke sederhana dan boleh dirawat dengan membersihkan kedua-dua mata dengan air sejuk,air batu kiub dan menuam dengan air sejuk.
  • Untuk kes yang teruk, perlu berjumpa doktor dengan segera dan memerlukan rawatan ubat-ubatan seperti :
    1. Ubat-ubatan topikal ( ubat titik mata)
    2. Oral antihistamine(ubat biji)
    3. Allergen immunotherapy untuk allergen yang spesifik.
      Ini sesuai untuk pengidap alergik konjunktivis yang kronik dan teruk.

Pencegahan

  • Alergik konjuktivitis ini boleh sembuh dengan sempurnanya bila dirawat dengan anti-histamine atau punca alahan dielakkan.
  • Cara pencegahan yang utama ialah dengan menjauhi diri dari bahan-bahan yang boleh mencetuskan anda mendapat alahan.
  •  Tip-tip yang lain termasuk :
    • Jangan menggosok mata atau menyentuh mata
    • Membersihkan tangan dengan sabun dan air
    • Membersihkan cadar, sarung bantal dengan menggunakan air panas dan sabun pencuci.
    • Elakkan mengguna alat solek
    • Jangan berkongsi alat solek mata
    • Jangan menggunakan alat lekap mata orang lain
Semakan Akhir :  21 Julai 2016
Penterjemah :  Dr. Sanidah bt. Md. Ali
Akreditor :  Dr. Ho Bee Kiau

Baca Juga

Jenis-Jenis Ubat Bagi Rawatan Asma

Rawatan asma boleh diberi dalam beberapa cara : Sedutan/inhalasi Mulut/Oral (Ubat ditelan) Suntikan Rawatan secara …