Selasa , Mac 19 2024
msen
Utama > Asma > Rawatan Asma > Jenis-Jenis Ubat Bagi Rawatan Asma

Jenis-Jenis Ubat Bagi Rawatan Asma

Rawatan asma boleh diberi dalam beberapa cara :

  • Sedutan/inhalasi
  • Mulut/Oral (Ubat ditelan)
  • Suntikan

Rawatan secara sedutan adalah TUNGGAK utama rawatan penyakit asma.!

Ubat-ubat sedutan diberi menggunakan alat sedutan. Ubat yang disedut terus memasuki saluran pernafasan. Ini bermakna anda hanya perlu dos yang sedikit jika dibandingkan bila ubat ditelan samada pil atau cecair Oleh itu, kesan sampingan ubat sedutan adalah amat rendah..

Terdapat beberapa jenis alat sedutan.di pasaran. Artikel ini memberi pengetahuan tentang :

  • Ubat-ubatan yang terdapat dalam alat sedutan.
  • Jenis-jenis alat sedutan.
  • Infomasi tentang alat-alat sedutan.

INGAT! PENTING untuk anda mengenali atau mengingati nama alat sedutan anda supaya kekeliruan tidak berlaku.

Langkah yang lebih bijak adalah merekodkan dan menyimpan nama ubat di dalam dompet atau telefon bimbit!

Ubat-Ubatan di dalam Alat Sedutan

Secara umumnya, ubat sedutan asma boleh di bahagikan kepada:

  1. Ubat Pencegah (“preventer”)
  2. Ubat Pelega (“reliever/recuer”)
  3. Ubat Kawalan (“controller”)
  1. Sedutan Pelega (Pengembang salur pernafasan)
  • Ubat pelega diambil semasa anda mendapat gejala seperti sesak nafas, batuk, nafas berbunyi dan ketat dada.
  • Ubat pelega mengembangkan salur pernafasan anda yang sempit dan anda akan berasa lega dalam masa yang singkat.
  • Jadi, penggunaan ubat pelega adalah bila perlu atau semasa serangan asma akut.
  • Ubat pelega ini biasanya berkesan untuk jangkamasa pendek dalam masa 4-6 jam sahaja (“short acting beta 2 agonist”) dan anda mungkin perlu mengulangi penggunaannya.
  • Nama ubat pelega yang biasa digunakan ialah salbutamol (ventolin) dan terbutaline (bricanyl). Terdapat juga ubat generik yang lain
  • Umumnya, ubat pelega berwarna biru. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa membaca label pada ubat dan alat sedutan.
  • Jika simptom atau gejala anda berlaku sesekali sahaja, anda mungkin hanya perlu menggunakan ubat pelega sahaja.
  • Jika anda perlu menggunakan pelega lebih dari dua kali seminggu anda perlu berjumpa doktor kerana anda mungkin perlu menggunakan sedutan pencegah .

Sedutan Pelega1  

Sedutan Pencegah (Biasanya mengandungi ubat sedutan steroid)

  • Ubat sedutan pencegah SANGAT penting untuk mengawal gegala asma dan mencegah serangan asma akut.
  • Ubat pencegah adalah TUNGGAK utama rawatan asma
  • Ubat pencegah yang biasa digunakan adalah sedutan steroid (“inhaled corticosteroid”) dimana ia akan mengurangkan radangan yang berlaku di saluran pernafasan.
  • Apabila radangan hilang, saluran pernafasan menjadi terbuka seperti biasa dan simptom asma dapat dikawal.
  • Ubat pencegah biasanya digunakan dua kali sehari.
  • Jika anda kerap mendapat serangan anda mungkin dinasihatkan menggunakan ubat pencegah pada dos yang lebih tinggi mengikut arahan doktor.
  • Ubat pencegah mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa minggu untuk kesan yang optima.
  • Penting untuk memahami bahawa ubat pencegah tidak memberi kelegaan sertamerta seperti ubat pelega.
  • Apabila asma anda telah terkawal selama beberapa bulan, dos pencegah boleh dikurangkan dan adakalanya boleh diberhentikan langsung..Adalah penting untuk mendapat rawatan susulan mengikut nasihat doktor.
  • Selain daripada sedutan steroid, ubat pencegah yang lain adalah cromoglycate (jenama Intal), nedocromil (jenama Tilade) atau Montelukast (jenama Singulair).
  • Walaubagaimanapun, ubat pencegah ini tidaklah sebaik ubat pencegah jenis sedutan steroid.
  • Terdapat pelbagai jenis dan warna ubat sedutan pencegah di pasaran.
  • Antara contoh ubat pencegah sedutan steroid adalah:
  1. Beclometasone. Ubat sedutan ini biasanya berwarna coklat atau merah.

Beclometasone

 

  1. Budesonide. Warnanya adalah coklat.

  1. Ciclesonide. Berwarna merah.

  1. Fluticasone. Ini berwarna kekuningan dan oren.

  1. Ubat Kawalan (”Controller”)
  • Ubat kawalan mengandungi kombinasi ubat sedutan steroid (“inhaled corticosteroid”) dan ubat pelega yang berkesan untuk jangkamasa panjang (“long acting beta 2 agonist”)
  • Ubat ini diberi untuk asma yang sukar dikawal dengan ubat pencegah sahaja
  • Komponen ubat pelega untuk jangkamasa panjang memberi kelegaan/ pengembangan salur pernafasan sehingga 12 jam selepas sedutan.
  • Contoh-contoh ubat Kawalan adalah seperti berikut:
  1. Seretide ( salmeterol dan fluticasone). Ini berwarna ungu.

Seretide1  

  1. Symbicort ( formoterol dan budesonide). Ini berwarna merah.

 

Semakan Akhir : 23 October 2014
Penulis : Dr. Ho Bee Kiau
Akreditor : Dr. Mariana bt. Daud

Baca Juga

Ubat-Ubatan Lain Asma

Montelukast Ia juga dikenali dengan nama Singulair. Montelukast adalah ubat pil yang digunakan untuk : …