Selasa , Mac 19 2024
msen
Utama > Hipertensi > Cara Mengurus Ubat Bagi Warga Emas

Cara Mengurus Ubat Bagi Warga Emas

Pengenalan

Kepentingan penggunaan ubat darah tinggi di kalangan warga emas adalah sama dari segi fungsi dan matlamat dengan pesakit dewasa. Warga emas bukan hanya mengalami penyakit darah tinggi sahaja, kerana mereka juga sering di kaitkan dengan pelbagai penyakit kronik lain seperti kencing manis dan lain-lain. Akibatnya mereka akan dibebani dengan pelbagai jenis ubat dan waktu administrasi yang berbeza-beza. Terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh warga emas samada berbentuk kekangan fizikal atau kognitif yang menghalang mereka mengambilnya dengan sendiri. Sebagai contoh kegagalan anggota untuk berfungsi seperti pesakit strok manakala yang dikatakan kegagalan fungsi kognitif seperti penyakit Alzheimer. Walau apapun keadaan pesakit, ini tidak menghalang mereka dari dikecualikan mengambil ubat darah tinggi. Oleh itu kumpulan ini amat memerlukan bantuan penjaga dalam menguruskan ubat-ubatan mereka, terutama penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi. Bahkan amat pernting, para penjaga memahami dengan betul konsep kepentingan pengambilan ubat-ubatan bagi warga emas.

1

Kepentingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi Secara Berterusan

Persoalan seperti ini yang sering menjadi tanda tanya “Adakah masih perlu bapa saya mengambil ubat darah tinggi lagi kerana dia telah pun mendapat stoke akibat komplikasi penyakit darah tinggi ?” Jawapannya adalah : Perlu

Risiko untuk mendapat strok kali kedua adalah amat tinggi sekiranya tekanan darah tidak dikawal. Bagi pesakit yang mengalami serangan strok kali kedua, keadaannya akan menjadi lebih teruk. Oleh itu amat penting pesakit stroke perlu meneruskan pengambilan ubat darah tinggi. Tidak hanya menjurus kepada pesakit strok ia juga diaplikasikan kepada warga emas yang mempunyai masalah kesihatan lain. Pengambilan ubat darah tinggi secara konsisten dan teratur dibawah pemantauan doktor dapat mencegah kompilkasi tersebut menjadi semakin teruk.

Kaedah Pemberian Ubat

Terdapat berbagai kaedah pemberian ubat-ubatan seperti oral, melalui tiub, suntikan dan tampalan. Setiap kaedah pemberian tersebut bergangtung kepada kesesuaian pesakit.

Tips yang perlu dilakukan sebelum mengadministrasikan ubat kepada pesakit:

  • Mengetahui nama ubat (jenama atau generik)
  • Memahami indikasi ubat yang diberikan
  • Membaca arahan label pada bekas atau sampul ubat
  • Mematuhi arahan doktor atau ahli farmasi berkenaan:
    • jumlah ubat yang dimakan,
    • waktu pemberian yang disarankan
    • tempoh pengambilan ubat
  • Memastikan tarikh luput belum sampai tempoh
  • Menggoncang ubat-ubatan cecair bagi memastikan bahan-bahan dalam ubat tersebut dapat diseratakan.
  • Menggunakan alat sukatan yang tepat dan standard semasa menyukat ubat cecair.
  • Ikut nasihat doktor dan ahli farmasi jika terdapat kaedah khusus berkenaan pemberian ubat
  • Memastikan kemampuan pesakit menelan ubat samada capsul, tablet atau cecair.

Selain itu beberapa tip-tip tambahan yang perlu dilakukan oleh penjaga:

  • Buang semua ubat preskripsi yang melepasi tarikh luput.
  • Simpan ubat-ubat pada tempat yang sepatutnya atau dalam bekas yang sesuai. (pill box)
  • Memberitahu doktor tentang ubat yang telah dipreskripsikan oleh doktor lain dan ubat yang dibeli di kedai farmasi.
  • Memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai nama ubat-ubat yang memberi kesan sampingan dan alahan (alergik) sekiranya ada.
  • Menepati temujanji dengan doktor supaya keberkesanan ubat yang anda ambil dapat dilihat
  • Mendapatkan maklumat dan penjelasan dari doktor dan ahli farmasi mengenai sebarang masalah dan kemusykilan tentang ubat tersebut
  • Mematuhi dan Memahami peringatan khas bagi mengurangkan sebarang kesan sampingan ubat. (spt: bangun perlahan-lahan dari tempat duduk dari mengelakkan postural hypotensi)
2 3 4

Kotak Pil

5Carta Ubat

Kotak Pil untuk memudahkan proses pemberian ubat. Selain itu dapat mengurangkan kesilapan seperti tertinggal atau terlebih dos.

6Kaedah Pemberian Tiub (ryles’s tube)

Cabaran Mengendalikan Ubat Warga Emas

Tidak dinafikan menguruskan pesakit warga emas mempunyai banyak cabaran. Sebagai penjaga, perlu bijak menangani masalah yang timbul ketika pengendalian ubat-ubatan. Terdapat pelbagai sebab kenapa pesakit warga emas enggan mengambil ubat antaranya:

  • Tidak menyukai kesan sampingan yang akan dihadapi seperti mual atau loya.
  • Bimbang terhadap kesan sampingan jangkamasa panjang
  • Tiada kepercayaan dan tidak bermotivasi untuk meneruskan rawatan, seperti kecewa dengan keadaan pesakit (contoh : strok)
  • Kesukaran menelan atau rasa ubat yang tidak menyenangkan
  • Masalah kognitif seperti pesakit Alzheimer yang berperlakuan agresif ketika mengadministrasi ubat

Kesabaran dalam mengendalikan ubat-ubatan bagi warga emas adalah sangat penting. Penjaga perlu sensitif dan memahami bahasa gerak geri pesakit, terutama bagi yang tidak boleh berkata-kata. Selain itu penjaga juga peka untuk mengenalpasti kesan sampingan ubat yang terjadi kepada pesakit melalui pemerhatian. Samada perubahan fizikal seperti kesan pada kulit perubahan atau kognitif. Sebarang kesan yang tidak dingini perlu dimaklumkan kepada doktor bagi mengelakkan kesan yang lebih teruk.

7Kesan Sampingan Pada Kulit

Semakan Akhir : 2 Mac 2016
Penulis : Hadijah Binti Mohd Taib
Akreditor : Dr. Siti Norlina Binti Md. Said

 

Baca Juga

Hubungan Hipertensi Dan Kolesterol

Apakah Hubungan Antara Penyakit Darah Tinggi Dan Kolesterol ? Kajian “ Physicians Health” menunjukkan bahawa …