Sabtu , April 27 2024
msen
Utama > Asma > Fakta & Mitos > Adakah Asma Boleh Berjangkit?

Adakah Asma Boleh Berjangkit?

Perkataan “asma” berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud sukar bernafas. Ianya bukanlah penyakit berjangkit dan boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk anak kecil

asma berjangkit_1

Sumber: http://www.flickr.com

Seperti kebanyakan penyakit lain, asma juga tidak terlepas dengan kepercayaan atau mitos yang tidak berasas. Ada kepercayaan bahawa asma boleh berjangkit. Hanya kerana seseorang itu menghidap asma dan mengalami batuk, tidak bermakna dia mempunyai kuman yang boleh disebarkan melalui batuk. Asma tidak boleh disebarkan dari seorang ke seorang atau berkongsi barang.

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang bronkus yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit. Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

asma berjangkit_2.jpg

Sumber: https://doktorbudak.files.wordpress.com/2013/09/asma.png

Perbezaan saluran pernafasan antara pesakit asma (kanan) dan orang yang tidak mengalami asma (kiri)

Pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi. Terdapat satu komponen yang diwarisi kepada pembentukan asma dan alahan. Jika salah seorang ibu bapa mempunyai asma atau alahan, kanak-kanak mempunyai peluang yang lebih besar untuk mewarisi asma atau alahan berbanding dengan kanak-kanak lain yang ibu bapa tidak akan mempunyai asma atau alahan.

Asma adalah penyakit kronik sepanjang hayat yang tidak boleh diabaikan walaupun tiada gejala. Asma adalah penyakit kronik yang tidak boleh diubati. Walau bagaimanapun, dengan ubat yang tepat, perubahan kecil dalam gaya hidup anda, diet dan persekitaran seseorang itu boleh memastikan asma di bawah kawalan dan mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk.

Rujukan:
  1. Ministry Of Health Malaysia. Clinical Practise Guideline For Management Of Childhood Asthma 2014.
  2. Global Strategy for Asthma Management and Prevention: Global Initiative for Asthma (GINA) (updated 2012).

 

 

Last Reviewed : 14 Mac 2016
Writer : Dr. Noor Hafiza bt. Noordin
Translator : Dr. Noor Hafiza bt. Noordin
Accreditor : Dr. Mariana bt. Daud