Sabtu , April 27 2024
msen
Utama > Hipertensi > Fakta dan Mitos > Dapatkah Darah Tinggi Disembuhkan

Dapatkah Darah Tinggi Disembuhkan

Pengenalan

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada punca penyakit darah tinggi. Penyakit darah tinggi atau hipertensi dapat dikategorikan kepada primer atau essential dan sekunder. 95% daripada penyakit darah tinggi adalah hipertensi primer yang tidak mempunyai sebarang punca yang dapat dikenal pasti.

Obesiti, usia lanjut, merokok, pengambilan garam yang terlalu tinggi dalam diet, meminum alkohol dan riwayat tekanan darah tinggi dalam keluarga adalah faktor risiko tekanan darah tinggi.

Sebaliknya, Penyakit Darah Tinggi Sekunder Mempunyai Punca Yang Dapat Dikenal Pasti Seperti:

  • Penyakit buah pinggang
  • Tumor kelenjar adrenal
  • Pengambilan kokain
  • Penyakit salur darah
  • Sesetengah ubat seperti ubat rancang keluarga, ubat selsema dan sebagainya.

Sekiranya doktor anda mendiagnosis anda sebagai hipertensi sekunder, penyakit darah tinggi akan sembuh setelah punca penyakit dirawat. Sebagai contoh, jika penyakit darah tinggi disebabkan penyakit buah pinggang, tekanan darah akan sembuh setelah penyakit buah pinggang berkenaan telah dirawat.

Walaupun hipertensi primer tidak dapat sembuh, hampir semua kes dapat dikawal. Anda haruslah mengambil langkah-langkah mengurangkan tekanan darah untuk sepanjang hayat. Hal ini termasuklah bersenam, pemakanan sihat, mengurangkan berat badan berlebihan, berhenti merokok, mengurangkan pengambilan garam ataupun makan ubat.

Pengamalan Gaya Hidup Sihat Dapat

  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengelak atau melambatkan penyakit darah tinggi
  • Meningkatkan kesan ubat penyakit darah tinggi
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung, penyakit jantung, strok dan penyakit buah pinggang.

Sekiranya tekanan darah masih tinggi, doktor akan memberi ubat untuk mengawalnya. Jarang sekali tekanan darah tinggi akan hilang dengan sendirinya. Malah, penyakit darah tinggi akan semakin teruk dengan masa. Begitu juga dengan komplikasinya. Jika ubat dihentikan, tekanan darah akan meningkat tinggi dengan cepat. Oleh yang demikian, anda haruslah mengambil langkah-langkah untuk mengawal penyakit darah tinggi agar mengelakkan kerosakan organ yang mungkin membawa maut.

Rujukan

  1. Carretero OA, Oparil S. Essential hypertension. Part I: definition and etiology. Circulation 2000; 101 (3): 329–35
  2. Clark LT. Alcohol-Induced Hypertension: Mechanisms, Complications, and Clinical Implications.
  3. J Natl Med Assoc. 1985 May; 77(5): 385–389.
  4. Groppelli A, Giorgi DM, Omboni S, et al. Persistent blood pressure increase induced by heavy smoking. J Hypertens 1992; 10:495.
  5. Haslam DW, James WP. Obesity. Lancet 2005; 366 (9492): 1197–209.
  6. Loscalzo, Joseph; Fauci, Anthony S.; Braunwald, Eugene; Dennis L. Kasper; Hauser, Stephen L; Longo, Dan L. (2008). Harrison’s principles of internal medicine. McGraw-Hill Medical. ISBN 0-07-147691-1.
  7. Malaysian Dieticians’ Association and Ministry of Health Malaysia. Medical Nutrition Therapy Guidelines for Hypertension.
  8. Pescatello LS, et al. American College of Sports Medicine position stand: Exercise and hypertension. Medicine and Science in Sports and Exercise. 2004;36:533.
  9. The Trials of Hypertension Prevention Collaborative Research Group. Effects of weight loss and sodium reduction intervention on blood pressure and hypertension incidence in overweight people with high-normal blood pressure. The Trials of Hypertension Prevention, Phase II. Arch Intern Med 1997;157(6):657-667.
  10. Weinberger MH, Miller JZ, Luft FC, et al. Definitions and characteristics of sodium sensitivity and blood pressure resistance. Hypertension,1986; 8: II127.
Semakan Akhir : 2 Mac 2016
Penulis : Dr. Alan Ch’ng
Akreditor : Dr. Ainol Shareha Binti Sahar

Baca Juga

Perubatan Menaikkan Berat Badan

Penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan penyakit kronik yang sering berlaku pada mereka yang lanjut usia. Ini adalah kerana secara umumnya tekanan darah akan meningkat