Selasa , Mac 19 2024
msen
Utama > Asma > Kemahiran > Cara Menangani Serangan Asma Akut

Cara Menangani Serangan Asma Akut

Pengenalan

Kemajuan dalam cara menangani rawatan serangan asma telah mengurangkan kadar serangan.Piawaian terbaru penjagaan dan matlamat untuk rawatan asma adalah menjurus kepada tiada gejala asma lansung dan pencegahan serangan asma. Walau bagaimanapun, serangan asma masih berlaku. Semasa serangan asma, otot-otot di sekitar tiub bronkial menjadi tegang, akibatnya, saluran pernafasan menjadi sempit, akibatnyamenyukarkan seseorang untuk bernafas (Rajah a).Mengenalpasti apabila anda atau orang lain yang mempunyai serangan asma dan tahu apa yang perlu dilakukan boleh membantu menyelamatkan nyawa.

what to do_1Rajah Saluran pernafasan normal (kiri) & serangan asma (kanan)

Apabila ANDA mengalami serangan asma, berikut adalah disyorkan:

  • Mengenalpasti Bermulanya Serangan Asma
    Serangan asma boleh berubah ke situasi mengancam nyawa yang memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Anda perlu mengetahui bagaimana untuk mengenal pasti serangan asma supaya  rawatan boleh dimulakan  secepat mungkin. Walaupun tanda-tanda dan gejala serangan asma berbeza diantara seseorang pesakit dengan yang lain, gejala biasa termasuk: [1]
    • Berdehit atau berbunyi semasa bernafas
      Biasanya ini sering didengar semasa menghembus nafas, (bernafas keluar) tetapi, kadang-kadang boleh juga didengar apabila menarik nafas (menghirup) [2]
    • Batuk
      Sesetengah pesakit batuk untuk melegakan saluran udara dan lebih banyak oksigen diserap ke dalam paru-paru mereka. Batuk boleh boleh menjadi teruk terutama pada waktu malam [3]
    • Sesak nafas
      Orang yang mengalami serangan asma akan mengadu sesak nafas. Pernafasan mereka akan cetek dan kelihatan lebih cepat daripada biasa[4]
    • Sesak dada
      Serangan yang sering disertai dengan perasaan bahawa dada berasa ketat atau ada yang berasa sakit di sebelah kiri atau kanan dada[5]
    • Bacaan aliran puncak ekspirasi (peak expiratory flow (PEF)). Jika seseorang menggunakan alat aliran puncak, yang mengukur kelajuan maksimum udara dikeluarkan dan ukuran berkisar dari 50% kepada 79% daripada anggaran, ini adalah menunjukkan satu kemarakan asma (flare-up)
  • Mempunyai Pelan Tindakan
    • Mewujudkan pelan tindakan asma bersama doktor anda
      • Pada dasarnya  pelan ini adalah satu proses langkah demi langkah apa yang perlu dilakukan apabila anda menghadapi serangan asma akut. Maklumat yang perlu ada termasuklah nombor telefon kecemasan serta keluarga dan rakan-rakan yang boleh bertemu dengan anda di hospital jika perlu [6]
    • Pastikan anda tahu bagaimana untuk menggunakan inhaler pelega
    • Tulis pelan ini dan pastikan ia berada dengan anda pada setiap masa
  • Elakkan Pencetus Serangan Asma Anda
    • Biasanya, pencegahan gejala asma adalah cara terbaik untuk mengurus dan merawat asma
    • Jika anda tahu apa yang mencetuskan asma serangan (seperti berada di sekitar kawasan berasap, haiwan berbulu atau cuaca yang sangat panas atau sejuk), cuba untuk elakkan keadaan ini jika boleh [7]
  • Mendapatkan Inhaler/Ubat Penyedut Yang Ditetapkan Oleh Doktor Anda
    Rujuk kepada: Bagaimana untuk menggunakan inhaler
  • Mengenal pasti Kecemasan Asma
    • Jika gejala asma anda menjadi lebih teruk walaupun selepas mengambil ubat anda, Mungkin anda perlu mendapatkan bantuan perubatan kecemasan.
    • Jika anda boleh menghubungi perkhidmatan kecemasan, Anda harus berbuat demikian.
    • Walau bagaimanapun, jika anda bernafas terlalu berat dan anda tidak boleh bercakap dengan jelas, anda memerlukan seseorang untuk meminta bantuan seperti seorang kawan atau ahli keluarga berdekatan atau orang awam. [8]
  • Berehat Semasa Menunggu Kakitangan Kecemasan Tiba
    • Duduk dan berehat sementara kakitangan kecemasan datang untuk membantu anda. Beberapa pesakit asma mendapati duduk dalam kedudukan-bersandar ke hadapan dengan tangan mereka ke atas mereka-lutut “tripod position”berguna kerana ia boleh mengurang tekanan kepada diafragma
    • Cuba untuk bertenang. Menjadi cemas boleh memburukkan lagi gejala anda
    • Tanya seseorang di sekitar untuk berada di sisi anda dan membantu anda bertenang sehingga bantuan kecemasan tiba

Apabila SESEORANG BERDEKATAN ANDA mengalami serangan asma, berikut adalah disyorkan:

  • Bertenang Dan Jangan Panik
    • Yakinkan mereka bahawa anda di situ untuk membantu. Jangan biarkan orang itu berseorangan
    • Pastikan orang berada di dalam keadaan duduk untuk memudahkan pernafasan
  • Elakkan Pencetus Serangan
      • Jika anda tahu tentang sejarah serangan asma orang itu: seperti asma pencetus mereka
      • Menilai keadaan supaya mereka mereka dielakkan dari pencetus atau menghindarkan pencetus, jika boleh. Sebagai contoh jika anda berada berhampiran orang yang sedang merokok, beralih daripada mereka

    emergency

  • Pelan Kecemasan
    • Jika anda tidak tahu pencetus, cuba untuk menentukan sama ada pelan kecemasan. Ini termasuk inhaler pelega (Salbutamol, dalam kebanyakan kes), bronkodilator, dan agen anti-radang yang lain.
    • Baca label untuk menentukan dos yang sesuai
    • Pastikan orang itu mengambil ubat mengikut arahan dengan betul
    • Kemudian tanya pesakit tentang pelan tindakan mereka – apakah yang perlu dilakukan jika gejala bertambah teruk – samada dalam penggunaan inhaler pelega atau alat bantuan pernafasan
    • Panggil ambulans semasa tanda-tanda awal pesakit berasa dada sempit
  • Tahu Tanda-Tanda Serangan Yang Teruk
    • Carilah apa-apa tanda-tanda bahawa ini adalah serangan yang teruk.Ini adalah satu petanda perlunya pergi ke bilik kecemasan/hospital atau sekurang-kurangnya memanggil doktor
    • Tanda-tanda termasuk:
      • Ketidakupayaan untuk bercakap lebih daripada satu atau dua perkataan setiap nafas
      • Rasa cemas atau tertekan
      • Sesak dada yang teruk
      • Tercungap-cungap untuk bernafas
      • Kulit atau otot-otot yang kelihatan disedut antara tulang rusuk dan di leher,
      • Perubahan warna kebiruan pada bibir
      • Pucat dan berpeluh
      • Pernafasan masih lagi sesak beberapa minit selepas menggunakan inhaler pelega
  • Akhirnya
    • Mengenalpasti apabila tindakan anda tidak cukup
    • Jika langkah-langkah dalam pelan kecemasan tidak berfungsi
    • Atau jika tidak ada rancangan
    • Pergi ke pusat kesihatan / Jabatan Kecemasan hospital dengan segera
    • Atau memanggil ambulans SEGERA. Lebih cepat, lebih baik(9)

PERINGATAN

Biasanya serangan asma tidak hilang tanpa rawatan

Rujukan:

  1. http://www.aaaai.org/about-the-aaaai/newsroom/asthma-statistics.aspx
  2. http://acaai.org/asthma/symptoms/asthma-attack
  3. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/patientinstructions/000062.htm
  4. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/asthma- attack/basics/symptoms/con-20034148
  5. http://acaai.org/asthma/symptoms/asthma-attack
  6. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/asthma-attack/basics/symptoms/con-20034148
  7. http://acaai.org/asthma/about
  8. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/asthma-attack/basics/symptoms/con-20034148
  9. Everyday Health.com

 

Last Reviewed : 19 Mei 2016
Writer : Dr. Norhaya bt. Mohd Razali
Accreditor : Dr. Jamalul Azizi b. Abdul Rahaman