Rabu , Mac 20 2024
msen
Utama > Kanser > Kanser Serviks > Kanser Servik

Kanser Servik

Apa Itu Kanser Servik

  1. Kanser serviks atau dikenali juga sebagai kanser pangkal rahim terjadi apabila sel-sel di serviks membiak secara tidak normal.
  2.  Sel-sel terus membesar dan membentuk bejolan atau tumor.
  3.  Kanser serviks mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang.
  4. Sebelum ia berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan
    serviks yang dipanggil peringkat prakanser.


Rupabentuk tisu badan yang normal

 

FAKTOR RISIKO KANSER SERVIKS

Punca utama kanser serviks adalah jangkitan Virus Human Papilloma (HPV).Antara faktor lain yang boleh
meningkatkan risiko seseorang menghidap kanser serviks adalah seperti berikut:-

  1. Mempunyai lebih daripada 3 pasangan seks.
  2. Memulakan hubungan seks sebelum berusia 18 tahun.
  3. Jangkitan papilomavirus manusia (Human Papillomavirus -HPV) melalui hubungan seks.
  4. Merokok
  5. Penggunaan pil perancang melebihi 10 tahun.
  6. Status sosiekonomi yang rendah.