Jumaat , Mac 29 2024
msen
Utama > Hipertensi > Perencat Tindakan Tengah

Perencat Tindakan Tengah

Indikasi

Antihipertensi

Dos

Dos yang perlu diambil adalah berbeza antara pesakit dimana ia bergantung kepada keadaan penyakit darah tinggi. Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi untuk rawatan penyakit darah tinggi anda. Apabila anda mula mengambil ubat untuk merawat darah tinggi, ambilah ubat-ubatan tersebut setiap hari secara tetap dengan dos yang betul.

Administrasi

Secara umumnya, dinasihatkan anda ambil ubat ini selepas makan untuk mengurangkan ketidakselesaan perut. Sila rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan yang lebih tepat.

Nama Genetik Administrasi

Methyldopa

1

Bersama atau tanpa makanan.

Mekanisma Tindakan

Perencat Tindakan Tengah menghalang aktiviti simpatetik dengan melekat kepada reseptor adreno alfa-2. Keadaan ini akan menyebabkan kadar degupan dan kontraksi jantung mengurang akibat daripada pengurangan keluaran jantung, pengurangan keluaran simpatetik. Pengurangan keluaran simpatetik ke salur darah akan mengurangkan tona simpatetik salur darah, yang mana akan menyebabkan vasodilatasi (pengembangan salur darah) dan mengurangkan keringtangan vascular, yang mana akan mengurangkan tekanan arteri.

Kumpulan antihipertensi ini biasanya digunakan untuk rawatan darah tinggi pada perempuan mengandung.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan untuk setiap jenis ubat adalah berbeza dan kesan sampingan yang dialami diantara pesakit juga mungkin berbeza. Kesan sampingan yang biasa bagi ubat adalah disenaraikan seperti dibawah:

Nama Genetik Kesan Sampingan yang biasa
Methyldopa Tidak sedar, sakit kepala, lemah, rasa mual, ortostatik hipotensi (penurunan tekanan darah yang mengejut dan berlaku dengan cepat ketika berdiri), ketidakselesaan perut, masalah ejakulasi

Berjumpa atau dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sekiranya anda mengalami kesan sampingan daripada ubat-ubatan darah tinggi yang anda makan.

Penyimpanan

Dinasihatkan ubat-ubatan disimpan di dalam sampul ubat asal dengan label arahan pengambilan / cara makan yang jelas. Simpan pada suhu bilik. Rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan suhu penyimpanan.

Rujukan

  1. Mechanism of Action of Angiotensin Converting Enzyme http://www.cvpharmacology.com/Acilliary/search
  2. http://pharmacologycorner.com/mechanism-of-action-video
  3. British National Formulary (BNF) 61 March 2011
  4. MIMS 128th Edition 2012
  5. Mechanism of Action of Centrally Acting Symphatolytics http://www.cvpharmacology.com/Acilliary/search
  6. ‘Cara Penyimpanan Ubat Yang Betul’ (http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/ubat-a-anda/umum/cara penyimpanan-ubat-yang-betul)
Semakan Akhir : 2 Mac 2016
Penulis : Dr. Azura Binti Musa
Akreditor : Dr. Siti Norlina Binti Md. Said

Baca Juga

Hubungan Hipertensi Dan Kolesterol

Apakah Hubungan Antara Penyakit Darah Tinggi Dan Kolesterol ? Kajian “ Physicians Health” menunjukkan bahawa …