Khamis , April 25 2024
msen
Utama > Hipertensi > Penghalang Beta

Penghalang Beta

Indikasi

Antihipertensi

Dos

Dos yang diberikan bergantung kepada keadaan individu. Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi untuk rawatan penyakit darah tinggi anda. Apabila anda mula mengambil ubat untuk merawat darah tinggi, ambil ubat tersebut setiap hari secara tetap dengan dos yang betul.

Administrasi

Secara umumnya, anda dinasihatkan untuk mengambil ubat selepas makan bagi mengurangkan masalah ketidakselesaan perut. Sila rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan yang lebih tepat.

Nama Generik Administrasi

Atenolol

atenolol

Bersama atau tanpa makanan.

Metoprolol

metoprolol

Bersama atau tanpa makanan.
Labetalol Bersama makanan, atau sebaiknya diambil selepas makan.

Carvedilol

carvedilol

Bersama makanan.
Bisoprolol Bersama atau tanpa makanan.

Mekanisma Tindakan

Penghalang Beta menghalang reseptor adrenergic yang terlibat dalam menghasilkan epinefrin, (hormon atau neurotransmiter yang mengecutkan salur darah) atau dikenali juga sebagai adrenalin. Disamping itu, penghalang Beta membantu mengurangkan degupan jantung dengan keperluan tenaga yang lebih rendah, seterusnya mengurangkan tekanan darah.

Kesan Samping

Kesan sampingan untuk setiap jenis ubat adalah berbeza dan kesan sampingan yang dialami di antara pesakit juga mungkin berbeza. Kesan sampingan yang biasa bagi setiap jenis ubat disenaraikan seperti di bawah:

Nama Generik Kesan Sampingan biasa
Atenolol Rasa mual, vertigo, loya, letih
Metoprolol Letih, sakit kepala, rasa mual, rasa sejuk pada hujung jari tangan atau kaki, gangguan tidur, ketidak selesaan perut, masalah ejakulasi
Labetalol Postural hipotensi , tingling (rasa sensasi yang tidak normal disebabkan oleh gangguan pada saraf sensori), ketidak selesaan perut, sakit kepala, keletihan, masalah ejakulasi, gangguan tidur
Carvedilol Rasa mual, sakit kepala, letih, gangguan tidur, masalah ejakulasi
Bisoprolol Bradikardia (kadar degupan jantung mengurang / kadar jantung rehat dibawah 60 kali per minit), letih, rasa mual, sakit kepala, ketidakselesaan perut, hipotensi

Berjumpa atau dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sekiranya anda mengalami kesan sampingan daripada ubat darah tinggi yang anda makan.

Penyimpanan

Dinasihatkan ubat disimpan di dalam sampul ubat asal dengan label arahan pengambilan / cara makan yang jelas. Simpan pada suhu bilik. Rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan suhu penyimpanan.

Rujukan

  1. Cardiovascular Pharmacology Concepts
  2. http://www.cvpharmacology.com/cardioinhibitory/beta-blockers
  3. http://pharmacologycorner.com/mechanism-of-action-video
  4. British National Formulary (BNF) 61 March 2011
  5. MIMS 128th Edition 2012
  6. Mechanism of Action of Beta Blockers | eHow.com http://www.ehow.com/facts_6979507_mechanism-action-beta-blockers
  7. ‘Cara Penyimpanan Ubat Yang Betul’ (http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/ubat-a-anda/umum/cara-penyimpanan-ubat-yang-betul)
Semakan Akhir : 2 Mac 2016
Penulis : Dr. Azura Binti Musa
Akreditor : Dr. Siti Norlina Binti Md. Said

Baca Juga

Hubungan Hipertensi Dan Kolesterol

Apakah Hubungan Antara Penyakit Darah Tinggi Dan Kolesterol ? Kajian “ Physicians Health” menunjukkan bahawa …