Jumaat , April 26 2024
msen
Utama > Diabetes > Peranan dan Fungsi Doktor Rawatan Primer Dalam Penjagaan Diabetes

Peranan dan Fungsi Doktor Rawatan Primer Dalam Penjagaan Diabetes

Diabetes adalah masalah yang semakin meningkat

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa bilangan orang yang menghidap penyakit diabetes mungkin berganda kepada 300 juta menjelang tahun 2025, di mana 90-95% adalah diabetes jenis 2.1,2 Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2001, menganggarkan lebih kurang 2.5 juta orang penduduk di Malaysia menghidap penyakit diabetes.3 Ia adalah punca utama morbiditi dan mortaliti.4, 5

Bagi kebanyakan anggota kesihatan di kesihatan primer, diabetes adalah antara penyakit utama yang  dikendalikan setiap hari. Data audit klinikal tahun 2009 menunjukkan terdapat jurang yang ketara di antara saranan daripada garis panduan amalan klinikal dan penjagaan yang diberikan kepada pesakit.6
Secara amnya, pengurusan diabetes yang intensif bertujuan untuk mencapai kawalan glukosa darah optimum menggunakan cara seperti penggunaan ubat-ubatan oral, rawatan insulin, pemantauan sendiri paras glukosa darah, pemakanan, dan perubahan tingkah laku.7 Pesakit juga memerlukan rawatan susulan untuk menilai tahap kawalan penyakit yang ditetapkan secara individu. Mereka perlukan sokongan untuk mengukuhkan kemahiran pengurusan penjagaan kendiri.

Kerumitan pengendalian pesakit diabetes yang komprehensif melampaui skop pengamal perubatan yang bekerja sendirian (solo). Ia memerlukan satu kumpulan teras profesional yang mahir dengan pelbagai peranan, fungsi dan sumbangan iaitu pasukan pelbagai disiplin/multi-disiplin.
Pasukan yang terdiri daripada pelbagai disiplin sebagai model penjagaan pasukan bersepadu bagi rawatan penyakit kronik bukanlah satu konsep yang baharu. Kelebihan konsep ini telah dibuktikan dalam pengendalian pelbagai jenis penyakit.8-10 Walau bagaimanapun, adaptasi penggunaan model sebegini adalah agak baharu bagi penyakit diabetes. Konsep ini memerlukan satu anjakan di mana anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit diabetes boleh menjalankan peranan dan berhubung dengan pesakit serta anggota profesional pelbagai bidang.

Bagaimana Kualiti Pengurusan Diabetes Boleh Ditingkatkan?
Tumpuan adalah kepada rawatan pencegahan dengan :

  1. menggalakkanperubahan gaya hidupdi kalangan pesakityang berisiko,termasukobesiti dansindrom metabolik;
  2. menumpukan perhatian kepadasaringan diabetes di kalanganpenduduk berisikotinggi; dan
  3. pengurusan klinikal diabetes, seperti yang disarankan dalamGaris PanduanAmalanKlinikal(Clinical Practice Guideline)PengurusanDiabetesMellitus jenis 2.7

Adalah penting individu yang berpenyakit diabetes dikenalpasti dan dirawat dengan lebih agresif untuk mencapai tahap matlamat kawalan dengan mencapai sasaran hemoglobin A1c, lipid, dan tekanan darah. Perlu diwujudkan satu sistem ‘recall’ apabila pesakit dengan tekanan darah tinggi dan diabetes yang tidak dikawal gagal hadir ketika temu janji lawatan ulangan. Perbincangan mengenai cara-cara untuk mengubah tingkah laku pesakit serta keperluan untuk pengendalian penyakit kronik perlu dijalankan.11

Pelbagai intervensi telah dibuktikan boleh meningkatkan pencapaian penjagaan diabetes. Pendidikan kesihatan kepada pesakit adalah berkesan dan ini termasuk langkah-langkah seperti melaksanakan carta audit, memberi kad peringatan, kolaborasi dengan pegawai farmasi, penggunaan carta alir, dan inisiatif kejururawatan.12

Apakah Pengurusan Berpasukan?

Komposisi Pasukan Bersepadu Rawatan Diabetes
Pasukan diabetes bersepadu adalah terdiri daripada ahli-ahli yang pelbagai kemahiran seperti Doktor Rawatan Primer, Pakar Perubatan / Pakar Endokrinologi, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan Pegawai Dietetik.13 Ahli pasukan diabetes bertanggungjawab untuk beri nasihat rawatan yang khusus untuk diabetes iaitu daripada segi pemakanan, ubat-ubatan, pemantauan dan pengurusan kendiri.
Pasukan bersepadu diabetes dapat membentuk program komprehensif penjagaan diabetes serta memastikan piawaian penjagaan tercapai.13 Rawatan harus berasaskan penyelidikan dan fokus kepada pencapaian matlamat. Sokongan antara ahli-ahli pasukan akan menggalakkan pembangunan berterusan profesional dan sokongan kemahiran pemikiran kritikal.

Dalam pengurusan pasukan diabetes, pesakit adalah ahli utama. Sebelum pesakit menerima tanggungjawab untuk penjagaan diri, mereka mesti memahami status penyakit, kesannya terhadap kesihatan, dan aspek praktikal pengurusan . Komunikasi yang baik antara ahli pasukan adalah penting supaya nasihat yang diberi adalah konsisten dan tidak mengelirukan untuk pesakit.7,14

Berikut adalah profesional yang penting dalam pasukan diabetes bersepadu7                                                                  

Doktor Rawatan Primer

Doktor rawatan primer mempunyai peranan penting dalam menyelaras pengurusan pesakit diabetes daripada segi pendidikan, kaunseling dan memudahkan “perkaitan teknologi/manusia” yang sering dihadapi oleh penghidap penyakit kronik. Doktor penjagaan primer adalah barisan hadapan perawatan dan biasanya akan bertanggungjawab bagi pengurusan keseluruhan. Dalam keadaan di mana tiada pendidik diabetes atau pakar pemakanan; pegawai perubatan primer dan/atau jururawat klinik mesti menjalankan pendidikan yang komprehensif untuk pesakit.

Pendidik Diabetes
Pendidik diabetes selalunya boleh meluangkan lebih banyak masa daripada doktor rawatan primer, untuk mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran pesakit mengenai jadual pemakanan, aktiviti fizikal, pemantauan diri, penggunaan ubat, penjagaan kaki dan lain-lain.

Pegawai Dietetik

Peranan pegawai dietetik dalam pengurusan diabetes adalah penting. Perubahan gaya hidup sahaja (makanan yang sihat dan senaman dengan pengurangan berat badan) adalah mencukupi untuk kawalan glisemia bagi kebanyakan pesakit dengan diabetes jenis 2 yang baru disahkan.2 Nasihat harus diberikan secara individu untuk mendapat kerjasama yang maksimum. Rujukan awal kepada Pegawai Dietetik adalah wajar untuk memastikan pendidikan yang terperinci mengenai aspek ini. Doktor penjagaan primer mesti memahami prinsip nasihat pemakanan supaya boleh mengukuhkan nasihat pemakanan untuk pesakit.3

Pakar Endokrinologi / Diabetologis / Pediatrik

Nasihat daripada doktor pakar mungkin diperlukan bagi pesakit dengan masalah yang rumit ataupun yang mempunyai komplikasi berkaitan dengan diabetes – terutamanya kanak-kanak, remaja dan orang dewasa dengan diabetes jenis 1 atau diabetes semasa hamil. Penjagaan perkongsian oleh Doktor Rawatan Primer bersama pakar perubatan lain adalah kombinasi terbaik daripada segi kepakaran khusus dan kesinambungan rawatan. Dalam banyak kes, pakar tersebut akan terlibat di dalam pasukan diabetes bersepadu menyediakan program pendidikan diabetes komprehensif.

Pakar Kesihatan Mulut

Masalah gigi dan periodontal adalah masalah yang biasa dihadapi oleh orang yang mengalami diabetes dan mereka perlu berjumpa dengan doktor gigi setahun sekali.

Pakar Oftalmologi / Optometris

Semua penghidap diabetes perlu dinilai secara berkala oleh pasukan diabetes Rawatan Primer. Pengesanan awal retinopati, sebelum kehilangan penglihatan berlaku, akan meningkatkan prognosis untuk penglihatan. Sebarang kemerosotan penglihatan ataupun tahap retinopati yang teruk memerlukan rujukan segera kepada pakar Oftalmologi / Optomeris.

Pegawai Pergigian
Masalah pergigian dan periodontal adalah perkara biasa dalam kalangan pesakit diabetes dan perlu disaring untuk dirawat oleh doktor gigi secara berkala (contoh: setahun sekali).
Podiatris

Podiatris adalah pakar pencegahan masalah kaki. Jika terdapat bukti neuropati, penyakit mikro atau makrovaskular atau masalah anatomi kaki, rujukan awal adalah wajar dan temu janji susulan diperlukan.

Pakar Senaman / Fisiologi Senaman

Adalah bermanafaat untuk mendapat bantuan fisioterapi khusus dalam rutin senaman atau ahli fisiologi senaman a

pabila memulakan satu program aktiviti fizikal bagi pesakit yang tidak aktif.
Peranan dan fungsi Doktor Rawatan Primer

Doktor rawatan primer boleh menjalankan usaha-usaha pencegahan diabetes di negara ini dengan melaksanakan langkah-langkah yang disenaraikan di dalam jadual.

Jadual 1. Fungsi Pasukan Diabetes – Pesakit diutamakan
• Sokongan pesakit daripada segi penjagaan kendiri dan memantau pencapaian.
• Mendidik mengenai proses penyakit.
• Menggalakkan kemahiran menyelesaikan masalah.
• Mengenal pasti sumber-sumber untuk menggalakkan penjagaan diri.
• Membentuk matlamat jangka pendek dan panjang dalam penjagaan diabetes.
• Menetapkan dan melaksanakan rancangan untuk mencapai matlamat.
• Rawatan.
• Latihan.
• Pemakanan.
• Perubahan tingkah laku.
• Saringan untuk komplikasi diabetes.
• Mengenal pasti faktor-faktor risiko.
• Rujukan kepada pakar-pakar yang berkenaan.

 

 

Pakar-pakar diabetes bersetuju bahawa kawalan metabolik adalah penting, diagnosis awal diabetes dengan rawatan agresif yang dirancang untuk mencapai dan mengekalkan kawalan glukosa darah ke paras normal adalah sangat penting.
Rawatan berterusan diabetes oleh pasukan pelbagai disiplin merupakan suatu transformasi yang akan memudahkan pencapaian matlamat rawatan dan mengurangkan kejadian komplikasi diabetes dalam jangka panjang yang selama ini tidak tercapai dengan model penjagaan yang sedia ada.

Rujukan

  1. King H, Aubert RE, Herman WH. Global burden of diabetes, 1995–2025: prevalence, numerical estimates, and projections. Diabetes Care 1998; 21: 1414–31.
  2. Cockram CS. The epidemiology of diabetes mellitus in the Asia-Pacific region. Hong Kong Med. J. 2000; 6: 43–52.
  3. Malaysian National Health Morbidity Survey 2011. Ministry of Health
  4. Stamler J, Vaccaro O, Neaton JD, et al. Diabetes, Other Risk Factors, and 12-yr Cardiovascular Mortality for Men Screened in the Multiple Risk Factor Intervention Trial. Diabetes Care 1993; 16: 434 – 444.
  5. Stratton IM, Adler AI, Neil HA, et al. Association of Glycaemia with Macrovascular and Microvascular Complications of Type 2 Diabetes (UKPDS 35): Prospective Observational Study. Br Med J 2000; 321: 405 – 412.
  6. Mastura, I, Chew, B, Lee, P et al. Control and Treatment Profiles of 70,889 Adult Type 2 Diabetes Mellitus Patients in Malaysia – A Cross Sectional Survey in 2009. International Journal of Collaborative Research on Internal Medicine & Public Health 2011; 3:98-113

7.Ministry of Health. Clinical Practice Guideline Management of Type 2 diabetes. 2009

  1. Vinicor F: Interdisciplinary and intersectoral approach: a challenge for integrated care. Patient Educ Counsel 26:267-72, 1995
  2. Stephan F, van Eeden. A multidisciplinary approach to the treatment and management of chronic obstructive pulmonary disease. BCMJ, Vol. 50, No. 3, April 2008: 143-147
  3. Hart MK, Millard MW. Approaches to chronic disease management for asthma and chronic obstructive pulmonary disease: strategies through the continuum of care. Proc (Bayl Univ Med Cent). 2010 July; 23(3): 223–229.
  4. Bodenheimer T, Lorig K, Holman H, Grumbach K: Patient self-management of chronic disease in primary care. JAMA 288:2469-2475, 2002

12.Grauw WJ et al. Outcomes of audit-enhanced monitoring of patients with type 2 diabetes. J Fam Pract. 2002 May;51(5):459-64.

13.McGill M, Felton AM. New global recommendations: A multidisciplinary approach to improving outcomes in diabetes. Primary Care Diabetes. 2007. Vol 1 (1):49-55

Top of Form

Bottom of F14. American Diabetes Association: Standards of medical care for patients with diabetes mellitus. Diabetes Care 21 (Suppl. 1):S5-12, 1998.

  1. Heisler M, Bouknight RR, Hayward RA, Smith DM, Kerr EA: The relative importance of physician communication, participatory decision making, and patient understanding in diabetes self-management. J Gen Intern Med 17: 243-252,2002
  2. Anderson RM: The team approach to diabetes: an idea whose time has come. Occupational Health Nurs 30:13-14; 66, 1982.

Kuiz:

  1. Penyataan berikut merupakan perkara-perkara asas mempromosikan penjagaan kesihatan yang berkesan kecuali :
  2. menyedari tentang bagaimana nilai peribadi dan tanggapan seseorang menjejaskan                                interaksi dengan orang lain
  3. pesakit kurang penting               ?
  4. gunakan teknik komunikasi
  5. selesaikan konflik dan teknik sokongan bersama
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan pasukan multidisiplin?
  2. pasukan yang keluar daripada satu pasukan profesional
  3. pasukan yang mempunyai ikatan yang rapat dalam bekerja dan bekerja dalam satu                                 tempat sahaja
  4. pasukan pelbagai professional   ?
  5. pasukan yang dipecahkan mengikut kedudukan geografi

Baca Juga

Pengiraan Karbohidrat Untuk Pesakit Diabetes

Pengenalan Ramai antara pesakit diabetes mengelakkan diri daripada mengambil makanan manis. Mereka mempunyai persepsi bahawa …