Isnin , April 29 2024
msen
Utama > Diabetes > Ubat Oral Untuk Rawatan Diabetes

Ubat Oral Untuk Rawatan Diabetes

 

Ubat-ubatan Oral Untuk Rawatan Diabetes Jenis Ke-2

 

Ubat oral untuk rawatan Diabetes Mellitus boleh dibahagikan kepada enam kelas. Cara ubat-ubatan ini bertindak di dalam badan adalah berbeza antara satu sama lain.

Kelas Ubat Oral Untuk Rawatan Diabetes Mellitus

A)  Biguanides

Contoh ubat :

  1. Metformin (Glucophage®),
  2. Metformin XR (Glucophage XR®),
  3. Metformin + Glibenclamide (Glucovance®),
  4. Metformin + Glimepiride (Amaryl M®),
  5. Metformin + Rosiglitazone (Avandamet®),
  6. Metformin + Pioglitazone (Actoplus Met®),
  7. Metformin + Sitagliptin (Janumet®),
  8. Metformin + Vildagliptin (Galvusmet®),
  9. Metformin + Saxagliptin (Kombiglyze XR®).

B)  Sulfonilurea

Contoh ubat :

  1. Glibenclamide (Daonil®),
  2. Gliclazide (Diamicron®),
  3. Gliclazide MR (Diamicron MR®),
  4. Glimepiride (Amaryl®),
  5. Metformin + Glimepiride (Amaryl M®).

C)  Perencat Alfa-Glukosidase

Contoh ubat :

  1. Acarbose (Glucobay®),
  2. Miglitol (Glyset®)

D)  Thiazolidinediones

Contoh ubat :

  1. Rosiglitazone (Avandia®),
  2. Pioglitazone (Actos®),
  3. Metformin + Rosiglitazone (Avandamet®),
  4. Metformin + Pioglitazone (Actoplus Met®)

E)  Meglitinides

Contoh ubat :

  1. Repaglinide (Novonorm®),
  2. Nateglinide (Starlix®)

F)  Perencat Dipeptidyl Peptidase-4 (DPP-4)

Contoh ubat :

  1. Sitagliptin (Januvia®),
  2. Vildagliptin (Galvus®),
  3. Saxagliptin (Onglyza®),
  4. Linagliptin (Tradjenta®),
  5. Metformin + Sitagliptin (Janumet®),
  6. Metformin + Vildagliptin (Galvusmet®),
  7. Metformin + Saxagliptin (Kombiglyze XR®).

Bagi setiap kelas ubat oral, terdapat perbezaan ;

  1. Cara tindakan atau mekanisme
  2. Cara pengambilan atau administrasi
  3. Kesan sampingan.
Kelas ubat
&
Contoh ubat
Cara tindakan / Mekanisme Cara pengambilan / Administrasi Kesan sampingan

BIGUANIDES

  • Metformin HCl
  • Metformin XR
  • Metformin SR
  • Meningkatkan kepekaan sel-sel badan terhadap insulin dengan meningkatkan penggunaan gula oleh otot.
  • Mengurangkan penghasilan gula oleh hati.
  • Mengurangkan penyerapan gula oleh usus.
Ubat ini perlu diambil selepas makan atau bersama makanan untuk mengurangkan kesan sampingan
  • Loya
  • Muntah
  • Pening
  • Cirit-birit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Ruam kulit

SULFONILUREA

  • Glibenclamide
  • Gliclazide
  • Gliclazide MR
  • Glimepiride
Meningkatkan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas. Ubat ini biasanya diambil 15-30 minit sebelum makan.
  • Paras gula darah terlalu rendah (hipoglisemia)
  • Peningkatan berat badan
  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Ruam kulit.
 

PERENCAT ALFA-GLUKOSIDASE

  • Acarbose
  • Miglitol
Merencatkan tindakan enzim-enzim tertentu di dalam usus kecil, justeru melambatkan pencernaan dan penyerapan gula ke dalam darah. Ubat ini biasanya dikunyah bersama suapan pertama makanan atau ditelan bersama segelas air sejurus sebelum makan.
  • Kembung perut
  • Loya
  • Cirit-birit
  • Kentut.

THIAZOLIDINE-DIONES

  • Rosiglitazone
  • Pioglitazone
Meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisme karbohidrat. Ubat ini boleh diambil sebelum atau selepas makan.
  • Bengkak / sembab
  • Peningkatan berat badan
  • Peningkatan kolesterol (LDL)
  • Peningkatan risiko kerapuhan tulang
  • Peningkatan risiko kegagalan jantung kongestif.

MEGLITINIDES

  • Repaglinide
  • Nateglinide
Meningkatkan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas, maka ia berkesan untuk mencegah paras gula tinggi selepas makan. Ubat ini perlu diambil sejurus sebelum makan.
  • Paras gula darah terlalu rendah (hipoglisemia)
  • Peningkatan berat badan
  • Pening
  • Cirit-birit.

PERENCAT DIPEPTYL-PEPTIDASE-4

  • Sitagliptin
  • Vildagliptin
  • Saxagliptin
  • Linagliptin
  • Merangsang perembesan insulin bergantung kepada paras gula dalam darah
  • Mengurangkan penghasilan gula oleh hati.
Ubat ini boleh diambil sebelum atau selepas makan.
  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala
  • Ruam kulit.

 

Kesemua ubat oral di atas mestilah disimpan dengan cara :

  1. Disimpan di dalam suhu bilik.
  2. Jauhkan daripada cahaya, haba dan kelembapan.
  3. Jauhkan daripada kanak-kanak.

 

Nasihat Kepada Pesakit Semasa Mengambil Ubat-ubatan Oral Untuk Rawatan Diabetes Mellitus

  1. Baca label dengan teliti sebelum mengambil ubat anda.
  2. Sila patuhi arahan doktor atau Pegawai Farmasi anda tentang cara penggunaan ubat.
  3. Maklumkan kepada doktor atau Pegawai Farmasi anda sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan atau masalah lain selepas mengambil ubat anda.
  4. Maklumkan kepada doktor atau Pegawai Farmasi anda sekiranya anda sedang mengandung atau menyusu.

 

Rujukan :

  1. Clinical Practice Guidelines Task Force. (2009). Clinical practice guidelines: Management of type 2 diabetes mellitus (4th ed.). Kuala Lumpur: Malaysia. Ministry of Health Malaysia.
  2. Drugs Counseling Guideline Working Committee. (2003). Drugs counseling guide: Endocrine system. Kuala Lumpur: Malaysia. Pharmaceutical Services Division, Ministry of Health Malaysia.
  3. P. O., Knoben. J. E., & Troutman. W.G. (2002). Handbook of clinical drug data (10th ed). New York. U.S. McGraw-Hill.
  4. C. F., Armstrong. L.L., Goldman. M. P., & Lance. L.L. (2008). Drug information handbook (17th ed). Canada. Lexi-Comp, Inc.

 

Baca Juga

Katarak Pesakit Diabetes

Apakah katarak? Katarak adalah keadaan di mana kanta mata yang kebiasaannya sangat jernih atau lutsinar …