Jumaat , Mac 29 2024
msen
Utama > Hipertensi > Etiologi > Hipertensi Sekunder – Disebabkan Oleh Ubat

Hipertensi Sekunder – Disebabkan Oleh Ubat

Pengenalan

Terdapat pelbagai punca hipertensi. Hipertensi primer merupakan punca hipertensi yang paling biasa dijumpai. Untuk sesetengah kes lain, hipertensi mungkin berpunca daripada penyakit organ lain seperti penyakit buah pinggang. Kadang kala, hipertensi mungkin disebabkan oleh pengambilan sesetengah bahan kimia, ubat atau dadah.

Ubat Yang Menyebabkan Hipertensi

  • Alkohol, amphetamines, pil perangsang dan kokain.
  • Steroid.
  • Cyclosporine.
  • Ubat pelangsing badan.
  • Erythropoietin (untuk pesakit buah pinggang).
  • Estrogen (termasuk pil perancang) and hormon-hormon lain.
  • Kebanyakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi seperti ubat batuk/selsema dan ubat asma (lelah) – lebih-lebih lagi apabila ubat-ubatan ini diambil bersama ubat murung (tricyclics).
  • Ubat sakit kepala migraine.
  • Ubat untuk hidung sumbat.

Nota: Sesetengah daripada ubat yang disenaraikan di atas kerap dipreskripsi. Periksa semula ubat yang anda sedang ambil dengan preskripsi doctor atau tanpa preskripsi sekiranya anda menghidap penyakit hipertensi. Periksa juga ubat tradisional yang mungkin anda sedang guna.

Faktor lain yang mungkin mempengaruhi tekanan darah:

  • Penyakit buah pinggang, saraf, atau saluran darah.
  • Faktor genetic.
  • Makanan.
  • Berat badan.
  • Kandungan hormon dalam badan.
  • Kandungan air badan.

Gejala

Gejala hipertensi yang disebabkan oleh ubat adalah sama dengan gejala-gejala hipertensi yang disebabkan oleh punca-punca lain. Gejala adalah seperti berikut:

  • Kebimbangan.
  • Sakit dada.
  • Kekeliruan.
  • Peluh keterlaluan.
  • Sakit kepala.
  • Loya dan muntah.
  • Keletihan.
  • Masalah penglihatan.

Nota: Hipertensi tidak menunjukkan tanda pada kebanyakan masa. Anda mungkin tidak akan mengalami sebarang gejala.

Rawatan

  1. Sasaran rawatan adalah untuk mencapai tekanan darah kurang daripada140/90 mmHg (kurang daripada 130/80 mmHg sekiranya anda mengidap diabetis atau penyakit buah pinggang). Tujuan ini adalah untuk mengurangkan risiko komplikasi.
  2. Hentikan ubat penyebab hipertensi sekiranya keadaan dibenarkan. Sekiranya ubat penyebab tidak boleh dihentikan, doktor anda dapat bantu anda dalam membuat penyelarasan terhadap rawatan yang anda sedang mengambil.
  3. Ubat darah tinggi mungkin dimulakan sekiranya perlu.Anda memerlukan pemeriksaan berkala tekanan darah untuk melihat keberkesanan rawatan.
  4. Adaptasi cara hidup juga dapat membantu.

Prognosis

Hipertensi disebabkan oleh ubat-ubatan dapat sembuh sepenuhnya sekiranya ubat penyebab itu dapat dihentikan. Sekiranya ubat penyebab itu tidak dapat dihentikan, tekanan darah biasanya dapat dikawal dengan rawatan. Hipertensi tanpa komplikasi mempunyai prognosis jangka panjang yang bagus.

Komplikasi

Komplikasi adalah sama dengan hipertensi berpunca daripada sebab-sebab lain. Komplikasi termasuk:

  • Lemah Jantung
  • Sakit Jantung
  • Kerosakan buah pinggang
  • Strok (angin ahmar)
  • Kerosakan saluran darah

Pencegahan

Berhati-hati semasa mengambil sebarang ubat (sama ada ubat preskripsi atau ubat tanpa preskripsi). Amalkan pemeriksaan tekanan darah sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan anda. Sekiranya anda menghidap hipertensi, kurangkan pengambilan garam dinasihatkan.

Rujukan

  1. Kaplan NM. Systemic hypertension: therapy. In: Libby P, Bonow RO, Mann DL, Zipes DP. Braunwald’s Heart Disease: A Textbook of Cardiovascular Medicine. 8th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 41.
  2. Victor RG, Kaplan NM. Systemic hypertension: mechanisms and diagnosis. In: Libby P, Bonow RO, Mann DL, Zipes DP. Braunwald’s Heart Disease: A Textbook of Cardiovascular Medicine. 8th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 40.
Semakan Akhir : 2 Mac 2016
Penulis : Dr. Cheah Wee Kooi
Akreditor : Dr. Ainol Shareha Binti Sahar

Baca Juga

Hubungan Hipertensi Dan Kolesterol

Apakah Hubungan Antara Penyakit Darah Tinggi Dan Kolesterol ? Kajian “ Physicians Health” menunjukkan bahawa …