Sabtu , April 20 2024
msen
Utama > Asma > Kemahiran > Pelan Tindakan Asma (+2) > Apa yang Perlu Dilakukan?

Apa yang Perlu Dilakukan?

Apakah pelan tindakan asma?

Satu pelan dengan arahan bertulis yang mengandungi maklumat tentang jenis ubat yang perlu diambil secara tetap dan cara mengenali tahap keterukan asma, tindakan yang perlu diambil jika asma semakin teruk dan cara mendapatkan bantuan dengan cepat.

Bagaimana pelan tindakan asma boleh membantu?

Jangan amalkan tabiat berjumpa doktor apabila asma menjadi teruk. Asma berubah dari masa ke masa. Berjumpa dengan doktor secara berkala agar dapat memastikan jenis ubat dan jumlah dos ubat yang betul. Berbincanglah dengan doktor mengenai rawatan yang terbaik dan paling sesuai.

Pelan ini mengandungi maklumat mengenai::

tindakan yang perlu dilakukan jika gejala asma berubah menjadi lebih teruk; atau bacaan aliran ekspiratori puncak (peak flow) berubah.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah asma dari menjadi lebih teruk.

Waktu untuk bertindak menghubungi doktor atau segera ke hospital.

Maklumat kesihatan yang penting yang boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan.

Bagaimana pelan tindakan asma dihasilkan?

Pesakit dan doktor bekerjasama menghasilkan pelan tindakan asma. Pelan ini dihasilkan bersesuaian dengan aktiviti dan tahap keterukan asma setiap pesakit. Pelan ini memberitahu tindakan yang perlu dilakukan jika gejala asma berubah menjadi lebih teruk atau bacaan aliran ekspiratori puncak berubah. Pelan ini membantu pesakit bertindak awal bagi menghindari serangan asma yang lebih serius dan segera sembuh.

Pelan tindakan asma boleh disediakan dalam pelbagai cara. Pelan tindakan asma boleh mengandungi maklumat berkaitan:

  • Senarai pencetus gejala asma dan cara menghindarinya.
  • Bacaan peribadi meter aliran ekspiratori puncak dan zon asma.
  • Senarai gejala asma yang sering dialami seperti batuk, berdehit, sesak nafas, nafas pendek, keluar lendir berlebihan
  • Tindakan yang perlu dilakukan apabila mengalami gejala.
  • Nama dan dos ubat asma harian yang perlu diambil walaupun tidak mempunyai tanda asma.
  • Nama dan dos ubat tindak-cepat atau rawatan kecemasan apabila mengalami gejala asma.
  • Nama dan dos ubat pelega apabila mengalami serangan asma.
  • Nombor telefon kecemasan dan lokasi hospital.
  • Masa untuk bertindak menghubungi doktor atau orang lain yang boleh membantu (jika tiada doktor).
  • Senarai lokasi rawatan kecemasan asma.

Pelan tindakan asma dibahagikan kepada tiga zon mengikut tahap keterukan asma iaitu hijau, kuning dan merah. Setiap zon mengandungi maklumat arahan doktor secara bertulis tentang cara untuk mengendalikan setiap situasi. Zon dalam pelan tindakan asma ditentukan berdasarkan pemantauan terhadap tahap kawalan asma oleh pesakit.

Bagaimana untuk memantau kawalan asma?

Terdapat pelbagai cara untuk memantau kawalan asma. Simpanlah diari gejala asma atau kadar aliran ekspiratori puncak.

  • Dairi Gejala asma
    Diari gejala asma membantu mengenal pasti pencetus asma. Rekod gejala asma membantu pesakit menyemak status kawalan asma atau memantau perubahan asma sepanjang musim. Gejala asma biasa termasuk batuk, berdehit atau sesak nafas. Catatkan tanda, gejala dan tahap aktiviti (seperti bekerja, bersenam atau bermain) pada waktu siang dan malam.
    diari gejala asma
  • Diari Kadar Aliran Ekspiratori Puncak
    Ujian aliran ekspiratori puncak (Peak Expirotary Flow – PEF) mengukur berapa pantas nafas dihembus keluar. Meter aliran ekspiratori puncak adalah alat yang digunakan untuk mengukur berapa kuat dan pantas nafas dihembus keluar.Doktor menggunakan bacaan PEF peribadi terbaik pesakit atau nilai yang dijangka sebagai penanda aras kawalan asma pesakit. Bacaan peribadi terbaik adalah bacaan tertinggi yang dicapai dalam tempoh dua hingga tiga minggu. Doktor akan mengira nilai jangkaan aliran ekspiratori puncak (PEF) berdasarkan umur, jantina dan ketinggian.Doktor akan menggunakan kadar aliran ekspiratori puncak peribadi yang terbaik untuk mengira zon dalam pelan tindakan asma.Aliran ekspiratori puncak perlu diukur secara tetap. Rekodkan markah pada carta aliran ekspiratori puncak dan perhatikan perubahannya mengikut masa. Tandakan skor pada carta setiap pagi dan petang. Tandakan pada carta selepas pengambilan ubat pelega, atau sebarang perkara yang memberi kesan kepada asma. Kadar aliran ekspiratori puncak boleh memberi petunjuk jika asma semakin teruk walaupun sebelum mengalami gejala.

    Jika asma tidak dikawal dengan baik, skor mungkin lebih rendah daripada yang dijangkakan. Skor pada waktu pagi dan malam mungkin berbeza dengan sangat ketara. Berbincanglah dengan doktor tentang tindakan yang perlu dilakukan apabila aliran ekspiratori puncak berubah atau semak pelan tindakan asma.

Meter aliran ekspiratori puncak

Meter aliran ekspiratori puncak

Carta aliran ekspiratori puncak

Carta aliran ekspiratori puncak

Apa yang perlu dilakukan?

Bawa pelan tindakan asma setiap kali berjumpa doktor. Doktor akan mengkaji semula status asma dan menyesuaikan jenis, dos dan kekerapan pengambilan ubat bergantung kepada kawalan asma (samada zon hijau, zon kuning, atau zon merah).

Setiap kali menggunakan meter aliran ekspiratori puncak, bandingkan bacaan dengan peratusan dalam pelan tindakan asma peribadi. Tahap aliran ekspiratori puncak yang berada dalam zon hijau adalah selamat. Jika zon kuning, baca arahan doktor mengenai cara untuk merawat gejala manakala zon merah menunjukkan kecemasan. Baca arahan doktor mengenai cara bertindak dengan segera dan cara meredakan gejala dengan ubat asma. Jika gejala tidak reda, segera ke hospital atau hubungi 999.

Contoh Pelan Tindakan Asma

Tarikh: Name Pesakit / Nombor Klinik
Tahap keterukan penyakit:
Doktor:
No. Telefon:
Jururawat atau Juru Terapi :
No. Telefon:
Petang / Hujung minggu
No. Telefon:

Aliran Ekspiratori Puncak Terbaik Peribadi:

ZON HIJAU: Selamat. Setiap hari – TIADA gejala asma. Mampu melakukan aktiviti seharian dan tidur tanpa batuk, berdehit, atau sukar bernafas. Aliran ekspiratori puncak adalah 80% hingga 100% daripada catatan aliran ekspiratori puncak terbaik pesakit.

TINDAKAN: Kawal asma. Gunakan ubat setiap hari untuk mencegah gejala asma. Guna penjarak bersama penyedut dos bermeter (atau penyedut asma dan/atau ubat yang ditetapkan untuk kanak-kanak).

Ubat
____
Dos
____
Pagi
____
Petang
____
Malam
____
Sebelum tidur
____
Ubat
____
Dos
____
Pagi
____
Petang
____
Malam
____
Sebelum tidur
____
Ubat
____
Dos
____
Pagi
____
Petang
____
Malam
____
Sebelum tidur
____

Gunakan ______ 15 hingga 20 minit sebelum bersenam atau terdedah kepada pencetus yang dikenali.

TINDAKAN: Melegakan Gejala.

  1. Ambil ubat zon hijau yang disenaraikan di atas. Gunakan penyedut dos bermeter bersama dengan alat pengantaraan (spacer) (atau alat lain yang ditetapkan untuk kanak-kanak).
  2. Tambah ubat pelega: _______________ sedutan. Gunakan setiap 4 jam sekali. Juga tambah: ____________________.
  3. Selepas mengambil ubat pelega, gejala harus hilang dalam 5 hingga 15 minit. Jika gejala tidak beransur pulih, ULANG semula ubat pelega 1 hingga 2 kali, dengan selang 5 hingga 20 minit (sehingga 3 kali rawatan dalam satu jam). (Bagi kanak-kanak, ulang albuterol 1 hingga 2 kali, dengan selang 15 hingga 20 minit; guna sehingga 3 rawatan dalam satu jam.) Jika masih tidak pulih, hubungi doktor.
  4. Dapatkan rawatan doktor.
  5. Jika gejala bertambah baik sepenuhnya selepas 2 hingga 3 rawatan, teruskan dengan ubat pelega 4 kali sehari bagi 24 jam yang akan datang. Hubungi doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.

NOTA: Hubungi doktor jika pelan zon hijau menurun sehingga masuk ke zon kuning. Pelan zon hijau mungkin perlu diubah untuk mengelakkan kejadian ini.

ZON MERAH: Kecemasan! Zon merah bermakna perlu segera mendapatkan rawatan. Gejala termasuk batuk dengan kerap dan teruk; sesak nafas yang teruk; berdehit; sukar bercakap dan berjalan; dan bernafas pantas. Aliran ekspiratori puncak adalah 50% kurang daripada catatan aliran ekspiratori puncak terbaik pesakit.

TINDAKAN: Menghapuskan gejala

  1. Ambil ubat: ubat pelega bersama dengan alat pengantaraan (spacer) ______.
  2. TAMBAH UBAT: __________________.
  3. Jika gejala masih tidak pulih, SEGERA KE HOSPITAL.
  4. Jika sukar berjalan atau bercakap, tercungap-cungap, bibir atau kuku biru, atau tidak dapat melakukan aliran ekspiratori puncak (PEF), ini adalah kecemasan. HUBUNGI 9-9-9.
  5. Jika gejala pulih tetapi tidak hilang sepenuhnya, kembali ke pelan zon kuning dan patuhi arahan. Hubungi doktor untuk nasihat lanjut.

Nota: Pastikan pelan tindakan asma diletakkan di tempat yang mudah diperoleh. Bawa pelan tindakan asma dan diari asma setiap kali berjumpa doktor.

Last Reviewed : 24 May 2016
Writer : Dr. Jemah bt. Sajari
Accreditor : Dr. Jamalul Azizi b. Abdul Rahaman