Ahad , April 21 2024
msen
Utama > Asma > Etiologi > Isu-isu Khas (+2) > Asma dan Refluks

Asma dan Refluks

Apakah hubungkait  antara Asma dan GERD?

  1. Asma didefinasikan sebagai penyakit saluran pernafasan yang kronik yang boleh berulang simptomnya, penyumbatan dan penyempitan saluran pernafasan yang bole h berbalik (reversible). Tanda-tanda/ simptom asma adalah dada berbunyi ‘wheezing’, batuk, dada berasa  ketat dan susah bernafas atau semput.
  2. GERD =Gastro esophageal reflux disease (pedih ulu hati/ heartburn ) juga dirujuk sebagai “acid reflux disease”. Ini terjadi bila ‘sphincter’ bahagian bawah esophagus (LES) tidak menutup dengan sempurnanya dan menyebabkan kandungan perut refluks masuk semula ke dalam esophagus. Ini adalah masalah penghadaman di mana semua kandungan asid perut,makanan atau cecair dari dalam perut masuk semula ke dalam esophagus.
  3. Pesakit asma mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat GERD. Bila serangan asma secara tiba-tiba, ‘sphincter’ bahagian  bawah esophagus akan mengendur atau berehat dan ini membenarkan kandungan perut mengalir kembali / refluks ke dalam esophagus.
  4. Dengan kata lain, refluks asid akan menyebabkan simptom  asma bertambah teruk dengan menyebabkan keradangan saluran pernafasan dan paru-paru. Kandungan asid refluks itu akan termasuk dalam salur pernafasan dan paru-paru  menyebabkan kesusahan bernafas dan pesakit akan batuk.  Tindakan refleks saraf menyebabkan salur pernafasan menjadi sempit dan ini penyebab susah bernafas.

Tanda-tanda Gejala

  1. GERD berkemungkinan boleh menyebabkan asma bila :
    • Asma bermula pada dewasa dan ini di kenali sebagai ‘adult-onset asthma’
    • Gejala asma bertambah teruk selepas makan, senaman, pada waktu malam dan selepas berbaring
    • Asma tidak bertambah baik dengan ubat rawatan asma yang standard.
  2. Gejala Asma seperti susah nafas, ketat dada dan batuk, wheezing dan terjaga di waktu malam berserta dengan tanda gejala respiratori.
  3. Mempunyai rasa pedih ulu hati (heartburn), memuntahkan makanan serta menyebabkan batuk bertambah teruk. Kadang-kadang berkaitan dengan susah untuk menelan. Tanda-tanda lain termasuk sakit kerongkong dan serak suara.
  4. Gastro esophageal reflux bole h mencetuskan asma tetapi tiada penemuan fizikal yang khusus.
  5. Pesakit berkemungkinan mengalami kegemukan dengan indeks jisim badan yang tinggi (BMI)
  6. Perhatikan tanda-tanda Cushingnoid (muka yang bengkak , bonggol di belakang leher/ buffalo hump) akibat rawatan steroid.
  7. Tanda-tanda fizikal yang menunjukkan serangan asma yang akut seperti peningkatan kadar pernafasan serta penggunaan otot aksesori. Wheezing  terjadi semasa tarik nafas dan hembus nafas.

Komplikasi

  1. Sebahagian ubat rawatan asma boleh menyebabkan gejala pedih ulu hati dan gejala lain GERD bertambah. Contohnya ubat Theophylline berkait rapat dengan memburu kkan  gejala GERD.
  2. Diagnosa GERD kalau tidak dikenalpasti akan memburu kan gejala simptom asma.
  3. Diagnosa lain yang perlu difikirkan  jika asma tidak bertambah baik :
    • Laryngospasm( ‘laryngeal asthma ‘ atau ‘ Factitious Asthma’)
    • Left ventricular dysfunction dengan pulmonary edema (‘cardiac asthma)
    • Chronic obstructive pulmonary disease ( COPD)
    • Bronchiectasis
    • Pulmonary embolism
    • Benda asing di dalam salur pernafasan
    • Endo-bronchial atau tracheal tumours

Rawatan

  1. Jika serangan asma tidak terkawal dengan ubat-ubatan asma, sila  berjumpa dengan doktor untuk penilaian seterusnya.
  2. Penyiasatan diperlukan jika asma tidak terkawal sepenuhnya.
    • Lung function test- spirometry (untuk mengesan COPD)
    • Esophageal pH testing untuk membuktikan GERD (memantau jumlah asid dalam esophagus.)
    • Endoscopy untuk mengetahui kecederaan pada mukosa esophagus
    • Barium esophagram
    • Bronchoscopy (untuk  mengetahui kehadiran benda asing atau ketumbuhan dalam salur pernafasan)
    • Computed tomography (CT) scan paru-paru untuk mengetahui penyakit kronik paru-paru yang seakan asma , contohnya bronchiectasis)
  3. Percubaan merawat GER dengan menggunakan proton pump inhibitor (PPI)  ialah satu kajian untuk memastikan GER yang menjadi pencetus asma. Rawatan ini bole h digunakan selama 3 bulan untuk menilai perkembangan gejala asma. Memantau gejala atau simptom asma, PEFR dan ujikaji fungsi paru-paru perlu dijalankan semasa menggunakan percubaan rawatan PPI.

Langkah–langkah pencegahan untuk mengawal gejala GERD adalah :

  1. Tidur dengan kedudukan  kepala dan bahu ditinggikan :
    • Berbaring rata akan menekan kandungan perut dari masuk ke LES. Bila kepala tinggi dari perut, graviti akan menolong mengurangkan tekanan dan ini akan membuatkan kandungan perut berada dalam perut.
    • Kepala boleh ditinggikan dengan cara meletakkan batu bata atau apa-apa bahan yang boleh meninggikan katil dari kaki dan juga boleh gunakan bantal berbentuk ‘wedge’
  2. Tidur pada sebelah kiri atau mengiring ke kiri
    • Keadaan posisi ini akan meningkatkan penghadaman dan menolong membuang asid perut.
    • Tidur sebelah kanan atau mengiring ke kanan akan memburukkan sakit hulu hati/pedih hati.
  3. Makan hendaklah  2-3 jam sebelum berbaring.
    • Jika perlu tidur sebentar ,cuba tidur di atas kerusi
    • Berbaring dengan perut yang penuh akan menyebabkan kandungan perut menekan LES dan ini akan meningkatkan refluks makanan.
  4. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan atau mencetuskan pedih ulu hati
    • Makanan –makanan yang boleh mencetuskan pedih ulu hati dengan cara  meningkatkan rembesan asid dan tekanan perut atau boleh melonggarkan otot  sphincter di bahagian bawah
    • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan iritasi pada lapisan salur permakanan (esophagus) contohnya makanan pedas, buah citrus dan air buah-buahan
    • Jika mengambil makanan seperti  di atas pada waktu malam akan meningkatkan peluang untuk mendapat pedih ulu hati di waktu malam.
    • Jika tidak pasti makanan yang boleh menyebabkan pedih ulu hati ,boleh membuat rekod makanan untuk seminggu.
  5. Jangan sesekali mengambil snek lewat malam
    • Jika ingin mengambil snek pastikan 2 jam sebelum waktu tidur.
  6. Berhenti merokok
    • Nikotin boleh melemahkan sphincter bawah esophagus dan ini akan menyebabkan pedih ulu hati.
    • Merokok akan merangsang pengeluaran asid perut.
    • Dinasihatkan untuk berhenti merokok jika mungkin.
  7. Elakkan pengambilan alkohol.
    • Alkohol akan merangsang pengeluaran asid perut.
    • Alkohol akan melonggarkan sphincter bawah esophagus dan ini membolehkan kandungan perut mengalir balik ke dalam esophagus.
  8. Pertimbangan lain seperti kurangkan berat badan, elakkan ubat theophylline jika boleh.

Rehabilitasi

  • Untuk kes-kes yang teruk dan tidak sesuai dengan pengambilan ubat-ubatan, pembedahan mungkin diperlukan.
  • Rawatan jangka panjang untuk asma yang dicetuskan oleh GER termasuklah penilaian berterusan kedua-dua gejala respiratori dan GER semasa dalam rawatan GER.
Semakan Akhir :  21 Julai 2016
Penulis :  Dr. Sanidah bt. Md. Ali
Akreditor :  Dr. Ho Bee Kiau