Jumaat , April 19 2024
msen
Utama > Hipertensi > Rawatan > Perawatan Tanpa Ubat > Diet dan Hipertensi > Diet Dan Hipertensi – Sodium

Diet Dan Hipertensi – Sodium

Pengenalan

Pengambilan makanan tinggi sodium mempunyai hubungan yang sangat jelas dengan penyakit darah tinggi. Kehadiran sodium yang berlebihan di dalam badan manusia menyebabkan cecair terkumpul secara berlebihan dan tidak mampu dikeluarkan oleh buah pinggang. Keadaan ini menyebabkan peningkatan isipadu cecair badan seterusnya mengakibatkan peningkatan tekanan darah.

Saranan Pengambilan Garam

Badan manusia memerlukan sodium kerana ia merupakan salah satu mineral yang penting untuk badan berfungsi. Namun saranan pengambilannya tidak boleh melebihi 2000mg sodium sehari bersamaan dengan 1 sudu teh garam termasuk garam-garam tersembunyi. Di Malaysia sumber utama sodium adalah daripada garam.

Jenis – Jenis Garam

Berikut adalah jenis jenis garam yang boleh dijumpai di dalam makanan seharian kita;

  1. Garam masakan (Sodium klorida)
  2. Serbuk penaik (Sodium bikarbonat)
  3. Serbuk perasa (Monosodium glutamate)
  4. Minuman bergas (Sodium benzoate)

Contoh – Contoh Makanan Yang Mengandungi Sodium

  1. Makanan tinggi sodium (> 300mg untuk setiap 100g makanan)

  1. Makanan sederhana sodium (30 – 300mg untuk setiap 100g makanan)

Makanan sederhana sodium1

Makanan sederhana sodium2

Makanan sederhana sodium3

  1. Makanan rendah sodium (< 30mg untuk setiap 100g makanan)

Makanan rendah sodium1

Tips Memilih Makanan Rendah Sodium

  1. Kurangkan penggunaan garam, perasa, MSG, perencah dalam masakan dan gantikan dengan rempah, bawang, kunyit, cili, halia, perahan jus limau dan bahan perasa asli lain.

Tips Memilih Makanan Rendah Sodium2

34-200   Tips Memilih Makanan Rendah Sodium3 Tips Memilih Makanan Rendah Sodium4

  1. Kurangkan penggunaan belacan dalam masakan terutamanya dalam sambal belacan dan lebihkan penggunaan hirisan bawang, cili serta perahan asam jawa/limau.

Tips Memilih Makanan Rendah Sodium5   34-200  

  1. Elakkan memilih bahan mentah yang diawet seperti ikan kering/masin, udang kering, cili/sayur jeruk dan makanan bertin. Pilihlah bahan mentah yang segar.

283411_2e6a37da-8832-11e4-a7a8-0df74908a8c2  

34-200          Tips Memilih Makanan Rendah Sodium10

  1. Kurangkan penggunaan sos (kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram) dalam masakan dan gunakanlah pes cili yang dikisar sendiri dan tambah bahan perasa asli (rempah ratus) untuk menambahkan rasa makanan.

34-200         

 

 

 

 

 

  1. Elakkan menambah kicap atau serbuk asam boi pada buah-buahan segar dan elakkan mencicah makanan dengan sos cili atau mayonaise.

Baca label pada makanan berbungkus dengan teliti dan pilih makanan daripada kategori bebas sodium, sangat rendah sodium, rendah sodium, makanan yang dikurangkan sodium, tanpa garam tambahan atau tidak bergaram, lite dan light dan sedikit sodium.

KATEGORI KANDUNGAN SODIUM
Bebas sodium (sodium free) 5mg per 100g (pepejal) atau

5mg per 100m (cecair)

Sangat rendah sodium (very low sodium) 4mg per 100g (pepejal) atau

2mg per 100ml (cecair)

Rendah sodium (low sodium) 1.2mg per 100g (pepejal) atau

6mg per 100ml (cecair)

Makanan yang dikurangkan sodium (reduced sodium) Makanan yang telah diubahsuai kandungan garamnya bagi mengurangkan kandungan garam biasa sebanyak 25%
Tanpa garam tambahan (no added salt) atau Tidak bergaram (unsalted) Makanan yang biasanya diproses bersama garam, tetapi kini diproses tanpa garam
Lite dan Light Produk yang dikurangkan kalori, lemak dan garam.
Sedikit sodium (light in sodium) Kandungan garam dikurangkan sebanyak 50%

Rujukan

  1. Rujukan: National Coordinating Commitee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia.
  2. (2010). Malaysian Dietary Guidelines ( Publication No. ISBN 978-983-3433-71 1).Putrajaya, Malaysia
  3. (2010). Malaysian Dietary Guidelines ( Publication No. ISBN 978-983-3433-71 1).Putrajaya, Malaysia
Semakan Akhir : 26 November 2013
Penulis : Pn. Siti Ramlah Binti Rasimun
Akreditor : Pn. Nurul Huda Binti Ibrahim

Baca Juga

Hubungan Hipertensi Dan Kolesterol

Apakah Hubungan Antara Penyakit Darah Tinggi Dan Kolesterol ? Kajian “ Physicians Health” menunjukkan bahawa …