Jumaat , Mac 29 2024
msen
Utama > Nurasyikin (page 5)

Nurasyikin

Klasifikasi Hipertensi

Definisi hipertensi adalah tekanan darah (BP) sistolik sama atau lebih daripada 140mmHg tekanan darah dan diastolic adalah sama atau lebih daripada 90 mmHg.Jantung anda berfungsi seperti pam yang mengecut dan berehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 130/85 mmHg.Klasifikasi hipertensi adalah penting. Doktor anda akan memberi rawatan berdasarkan tekanan darah yang diukur dan risiko kardiovaskular anda seperti kencing manis, kolesterol tinggi, dan lain-lain.

Read More »

Diet Dan Hipertensi – Sodium

Pengenalan Pengambilan makanan tinggi sodium mempunyai hubungan yang sangat jelas dengan penyakit darah tinggi. Kehadiran sodium yang berlebihan di dalam badan manusia menyebabkan cecair terkumpul secara berlebihan dan tidak mampu dikeluarkan oleh buah pinggang. Keadaan ini menyebabkan peningkatan isipadu cecair badan seterusnya mengakibatkan peningkatan tekanan darah. Saranan Pengambilan Garam Badan …

Read More »

Kaitan Antara Obesiti Dan Hipertensi

Obesiti didefinisikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang tinggi. Secara amnya, lelaki dengan lemak badan >25% dan wanita dengan lemak badan >35% dianggap obesiti. Indeks Jisim badan (Body Mass Index, BMI) adalah cara terbaik untuk mengklasifikasikan berat badan.Tekanan darah tinggi, obesiti dan diabetes saling berhubung-kait dalam sindrom metabolik. Punca penyebabnya adalah rintangan insulin yang tinggi pada sindrom metabolik. Kesan rintangan insulin juga menghasilkan lemak trigleserida (TG) tinggi dan seterusnya rendah lemak High-density lipid (HDL).

Read More »

Hipertensi Dan Warga Emas Uzur

Warga tua uzur mempunyai masalah kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan warga emas teguh dan orang muda. Mereka mungkin juga mengalami kesan sampingan yang tidak biasa dilaporkan. Warga emas uzur adalah lebih terdedah kepada masalah hipotensi postur (hyperlink to postural hypotension) dan gejala jatuh daripada ubat-ubatan darah tinggi.

Read More »

Hipertensi Sekunder (Disebabkan Buah Pinggang)

Hipertensi sekunder adalah jenis hipertensi yang disebabkan oleh punca yang boleh dikesan dan berpotensi dirawati. Ia jarang dikesan berbanding dengan hipertensi primer. Hipertensi sekunder hanya terdiri daripada 5% jumlah pesakit hipertensi. Gejala, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal boleh membantu mengenalpasti pesakit hipertensi sekunder. Hipertensi sekunder disyaki khususnya, apabila hipertensi dikesan pada usia yang muda dan apabila hipertensi susah dikawal.

Read More »